KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — IOI Properties Group Bhd menjangkakan IOI City Mall Phase Two yang terletak di IOI Resort City, Putrajaya, bakal dibuka kepada orang ramai pada November 2021.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Voon Tin Yow berkata China Construction Third Engineering (M) Sdn Bhd (CCTE) dilantik sebagai kontraktor utama bagi projek tersebut dan pembinaannya bermula pada Jun 2018.
“Menjelang November 2021, kami akan bersedia untuk mengalu-alukan pengunjung ke IOI City Mall Phase Two yang dibina berdasarkan konsep IOI Resort City ‘Stay, Work and Play’,” katanya dalam satu kenyataan sempena upacara penyempurnaan binaan IOI City Mall Phase Two, hari ini.
Voon berkata, IOI City Mall Phase Two akan menambah kira-kira 92,903 meter persegi kepada 139,354 meter persegi ruang sedia ada di bawah fasa satu.
Antara ciri-ciri utama IOI City Mall Phase Two ialah ruang pameran berukuran sehingga 3,716 meter persegi, konsep pawagam baharu dengan dewan IMAX, arked dewan makan al fresco yang bergaya dengan zon drop-off cochere porte, pusat didik hibur dan hiburan untuk kanak-kanak dan orang dewasa, pusat sukan berbumbung dan gimnasium serta kira-kira 9,000 ruang letak kereta.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards