KUALA LUMPUR, 2 Sept 2 (Bernama) — Inta Bina Sdn Bhd (IBSB), anak syarikat milik penuh Inta Bina Group Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM52.133 juta bagi kerja bangunan utama untuk cadangan pembangunan perumahan berpagar, Precinct 7-1 (Pakej 2) di Beranang, Hulu Langat, Selangor.
Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata IBSB telah menerima Surat Lantikan (LOA) bagi kontrak tersebut daripada Eco Majestic Sdn Bhd.
“Tempoh pembinaan adalah selama 22 bulan dan tarikh permulaan seperti dalam LOA adalah pada 3 Sept, 2020,” kata syarikat itu.
Cadangan pembangunan perumahan berpagar dan berkawal itu terdiri daripada rumah teres di bawah Parcel Tiga dan Empat.
Inta Bina Group berkata kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depannya sepanjang tempoh tersebut.
Kumpulan itu bercadang untuk membiayai kontrak tersebut menerusi dana yang dijana sendiri dan/atau pinjaman luaran.
— BERNAMA