KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) — Inix Technologies Holdings Bhd, sebuah syarikat teknologi maklumat dan pembuatan sarung tangan yang disenaraikan di Pasaran ACE, telah menukar nama kepada Zen Tech International Bhd.
Dalam kenyataan hari ini, Bursa Malaysia Bhd berkata saham syarikat itu akan didagangkan dan disebut di bawah nama pendek saham baharu ZENTECH berkuat kuasa dari 9 pagi pada 23 Jun, 2022.
“Nombor saham syarikat itu kekal tidak berubah,” katanya.
— BERNAMA