• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

INIX, Duria Manufacturing Teroka Peluang Dalam Industri Durian

in Catalyst
A A
INIX, Duria Manufacturing Teroka Peluang Dalam Industri Durian

Sumber Gambar : Metro

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — INIX Technologies Holdings Bhd (INIX) telah menceburi industri durian yang menguntungkan melalui kerjasama strategik dengan pengeluar produk durian tempatan, Duria Manufacturing Sdn Bhd.

Menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, Pengarah Eksekutif INIX Siva Kumar Kalugasalam berkata di bawah kerjasama itu, INIX akan mendapatkan rantaian bekalan untuk Duria sebanyak 5,000 tan durian sejuk beku jenis Musang King, 2,000 tan pes durian dan 1,000 tan pulpa Musang King dalam tempoh lima tahun akan datang. 

”Sebagai balasan, Duria akan dapat melancarkan kempen integrasi menegak huluannya,” kata Siva.

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

Kedua-dua syarikat itu merancang untuk membina tiga loji pemprosesan utama baharu berteknologi canggih, yang terletak di Perak manakala dua lagi akan dibangunkan di lokasi yang akan ditentukan kemudian.

Ketua Pegawai Eksekutif Duria, Wong Woei Ming yang menyifatkan industri durian sebagai amat menguntungkan berkata Musang King kini berada pada paras RM60 sekilogram (kg) manakala purata harga tahunan bagi 2020 dijangka berada pada paras RM40 sekilogram. 

Purata harga pes durian pula kini berada pada paras RM50 bagi setiap kg dan pulpa Musang King pada harga RM100 untuk setiap kg. 

Wong mendedahkan Duria telah melabur berjuta-juta ringgit dalam teknologi pengeluaran yang termaju termasuk mesin pembekuan pantas nitrogen cecair, mesin pengopek buah separa automatik, teknologi vakum untuk pengeluaran pulpa dan pensterilan tekanan tinggi puri buah bagi mencapai kecekapan pengeluaran terbaik dan indikator kebersihan untuk keselamatan makanan dan kualiti yang unggul. 

Syarikat itu juga telah membangunkan pastri durian segar yang inovatif dan kuih bulan Musang King untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat, sambil menambah pada masa ini, produk Duria dijual di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, China, Hong Kong dan Singapura. 

Wong juga mendedahkan bahawa syarikat sedang merancang untuk disenarai awam dalam tempoh dua tahun akan datang bagi memperkenalkan jenamanya di peringkat antarabangsa serta untuk menarik lebih banyak pelaburan asing, tetapi tidak memberikan butiran lanjut mengenai pelan penyenaraian tersebut.

–BERNAMA

Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

Share238ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

2 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

2 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

2 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In