• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Inisiatif CPOPC Bantu Pengeluar Minyak Sawit Tangani Cabaran Global Dipuji

in Berita
A A
Malaysia Harap Kerajaan Amerika Syarikat Terima Penjelasan FGV

Sumber Gambar : FGV

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Inisiatif yang dijalankan oleh Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) dalam menangani kesan pandemik COVID-19 dan kempen buruk ke atas industri itu di peringkat global mendapat pujian Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Ravi Muthayah.

Menurut kenyataan CPOPC hari ini, beliau juga berkata CPOPC telah mewujudkan kerjasama dan jaringan yang mengagumkan untuk kebaikan industri minyak sawit global walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

“Ravi juga berharap tiga negara pemantau akan menjadi ahli CPOPC berstatus penuh dalam tempoh terdekat,” menurut CPOPC.

Berkaitan

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

Menurut CPOPC, beliau mengatakan perkara itu semasa mempengerusikan bersama Mesyuarat Pegawai Kanan ke-20 CPOPC secara maya semalam.

CPOPC merupakan organisasi antara kerajaan bagi negara pengeluar minyak sawit.

Walaupun mengalami pandemik COVID-19, negara pengeluar minyak sawit dapat mengatur rancangan nasional bagi menyokong industri ini; meningkatkan kapasiti dan kehidupan pekebun kecil serta mengekalkan nilai penting sektor berkenaan untuk kepentingan nasional dan dunia, kata majlis itu.

CPOPC berkata beberapa isu telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut termasuk harapan terhadap CPOPC untuk menyediakan peranan kepimpinan bagi menangkis kempen dan komunikasi negatif ke atas minyak sawit yang disokong penuh oleh negara anggota.

“Negara pemantau dan negara pengeluar minyak sawit lain dipelawa untuk menjadi sebahagian daripada usaha bersama ini di negara pengguna utama serta di forum-forum serantau dan antarabangsa, termasuk badan-badan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” kata CPOPC.

Ia berkata mesyuarat itu juga menekankan supaya pakatan pekebun kecil global dipupuk sebagai platform bersama untuk menerajui kepentingan keseluruhan industri minyak sawit.

“Pekebun kecil di tiga negara pemantau itu telah menyertai dan menyumbang secara aktif kepada program capaian pekebun kecil bagi rantau Asia dan Pasifik, Asia Tengah, Amerika Selatan dan Afrika,” menurut CPOPC.

Selain itu, CPOPC berkata ia akan mengadakan mesyuarat peringkat menteri kali kelapan bulan depan, sebaik sahaja Forum CEO Indonesia Malaysia (IMCEOF) berakhir.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share206ShareSend

Related Posts

Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

4 weeks ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

2 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

3 months ago
Program Khas Peremitan Pendapatan Yang Disimpan Di Luar Negara
Berita

229,613 Borang B Diterima Setakat 14 Jun, Angka Masih Rendah – LHDN

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In