• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

IJM Plantations Optimis Secara Berhati-Hati Terhadap Prospek 2021

in Catalyst
A A
IJM Plantations Optimis Secara Berhati-Hati Terhadap Prospek 2021

Sumber Gambar : IJM Plantation

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — IJM Plantations Bhd (IJMP) optimis secara berhati-hati terhadap prospek 2021 berikutan keadaan tidak menentu yang berpanjangan dalam pasaran global minyak sawit.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Joseph Tek Choon Yee berkata walaupun harga minyak sawit mentah (MSM) semasa terus meningkat, terdapat potensi penurunan harga berikutan tekanan daripada paras stok akhir tahun yang meningkat.

“Ini sejajar dengan pengeluaran minyak sawit yang berpotensi mengatasi jumlah eksport dan penggunaan. Bagaimanapun, ramai pekebun menghadapi kekurangan pekerja dan ini menjejaskan operasi, terutamanya semasa kemuncak tanaman bermusim, menjejaskan pemulihan tanaman daripada pokok,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan ke-35 syarikat perladangan sawit huluan di Petaling Jaya hari ini. 

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

Tek berkata IJMP, yang mempunyai operasi huluan di Malaysia dan Indonesia, berpendapat bahawa pengeluaran tanaman keseluruhannya, dan pengeluaran MSM dijangka rendah pada tahun kewangan ini berbanding tahun lepas.

Ini juga boleh menjadi trend biasa dalam industri minyak sawit dalam tempoh sama. Berdasarkan laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), pengeluaran tanaman di Malaysia dalam tempoh tujuh bulan pertama 2020 berkurangan 671,619 mt atau 5.8 peratus pada tahun lepas.

“IJMP berpandangan bahawa pengeluaran tanaman di negara-negara pengeluar utama semasa jangkaan pengeluaran kemuncak akhir tahun dijangka mengecewakan,” katanya.

Tek berkata pengeluaran tanaman yang rendah berikutan cuaca kering di Malaysia dan Indonesia dari Ogos hingga November tahun lepas, dan fenomena La Nina yang akan datang dari September hingga November tahun ini. 

Beliau berkata operasi, seperti menuai hingga pemindahan tanaman dan kualiti produk sawit, akan terjejas semasa musim hujan.

“Sehubungan itu, pengeluaran MSM Malaysia dijangka tidak melebihi 20 juta tan, manakala pengeluaran MSM Indonesia pada 2020 telah diunjurkan oleh ramai penganalisis susut satu hingga dua juta tan daripada 44 juta tan pada tahun lepas,” katanya. 

Tek berkata permintaan di peringkat global terhadap minyak sawit dijangka pulih, berikutan sekatan pergerakan yang semakin berkurangan di seluruh dunia, dengan pengguna utama seperti China dan India yang telah kembali ke pasaran.

“Dorongan tambahan untuk menggunakan lebih banyak minyak sawit dalam biofuel, terutamanya oleh Indonesia, akan memberi prospek yang baik untuk menurunkan stok dan menaikkan harga tetapi ini akan dikaitkan dengan harga minyak mentah.

“Minyak mentah yang kukuh menjadikan minyak sawit pilihan yang lebih menarik sebagai stok suapan biodiesel.

“Indonesia baru-baru ini mengumumkan akan menaikkan levi eksport minyak sawit untuk menyokong program biodieselnya berikutan harga minyak mentah yang dijangka terus lemah,” katanya. 

Bagi suku pertama tahun kewangan 2021 berakhir 30 Jun, syarikat gergasi perladangan itu mengunjurkan keuntungan bersih sebanyak RM82.16 juta berbanding defisit sebanyak RM4.77 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Perolehan, bagaimanapun, sebanyak RM205.98 juta daripada RM133.06 juta pada tahun lepas.

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

2 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

3 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

3 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In