• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Ideal Property Lancar Taman Teknologi Pulau Pinang Bernilai RM4.2 Bilion

in Catalyst
A A
Ideal Property Lancar Taman Teknologi Pulau Pinang Bernilai RM4.2 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KEPALA BATAS, 17 Mac (Bernama) — Ideal Capital Bhd (Ideal Property) hari ini melancarkan taman perindustrian baharu, Taman Teknologi Pulau [email protected] dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM4.2 bilion.

Pengerusi Eksekutif Tan Sri Alex Ooi Kee Liang berkata projek itu yang dibangunkan di tanah pegangan bebas seluas 356 hektar di perbandaran Bertam, akan menjadi taman teknologi tercanggih pertama yang diasaskan di daerah Seberang Perai Utara.

Peranan kritikal taman itu dalam melahirkan syarikat teknologi tempatan akan menyumbang kepada pertumbuhan serta pembangunan industri teknologi di rantau ini, disamping memupuk inovasi dan menggalakkan pembangunan mampan.

Berkaitan

Bursa Kemuka Pertanyaan UMA Kepada AAX Selepas Kenaikan Harga Dan Volum

Haily Group Dapat Kontrak Perumahan RM32.7 Juta Di Johor

Favelle Favco Peroleh Dua Kontrak Bernilai RM95 Juta

“’Taman Teknologi Pulau Pinang bersedia untuk mewujudkan ruang bagi pelabur dari segmen penyelidikan serta teknologi, membenarkan potensi sinergi dan inovasi (melalui) teknologi terkini termasuk yang baru muncul.

“Taman teknologi ini direka untuk menarik industri berteknologi tinggi (dan berkhidmat) sebagai pemangkin bagi mempelbagaikan ekonomi di rantau tersebut akan dibina dalam tiga fasa dan siap dalam tempoh dua tahun,” katanya semasa majlis pecah tanah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di sini hari ini.

Ooi juga berkata taman perindustrian itu bersedia untuk menjadi hab teknologi terkemuka di rantau ini, kerana penyiapannya akan mewujudkan beribu-ribu pekerjaan baharu dan meningkatkan ekonomi tempatan.

Kumpulan itu akan bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk bersama-sama mempromosikan taman itu di peringkat tempatan serta global termasuk menarik dan memudahkan pelaburan serta menawarkan insentif dan subsidi.

“Taman Teknologi Pulau [email protected] akan berfungsi sebagai inkubator untuk perusahaan teknologi tinggi yang sedang berkembang serta inovatif bagi meneroka peluang penyelidikan dan pembangunan teknologi gunaan baru muncul. 

“Selain itu, kerjasama antara perusahaan industri dan institusi pendidikan sekitarnya akan berdaya maju untuk memupuk kumpulan bakat, mempercepatkan kualiti pengajaran di sekolah dan meningkatkan kebolehpasaran siswazah,” tambahnya lagi.

Beliau juga berkata taman teknologi itu akan menarik pelaburan asing dan syarikat teknologi tempatan dari seluruh negara.

— BERNAMA

Tags: Ideal PropertyOoi Kee LiangTaman Teknologi Pulau [email protected]
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Kemuka Pertanyaan UMA Kepada AAX Selepas Kenaikan Harga Dan Volum
Catalyst

Bursa Kemuka Pertanyaan UMA Kepada AAX Selepas Kenaikan Harga Dan Volum

4 days ago
Haily Group Menang Kontrak RM52.30 Juta Daripada Unit Mah Sing
Catalyst

Haily Group Dapat Kontrak Perumahan RM32.7 Juta Di Johor

6 days ago
Unit Favelle Favco Terima Pesanan Belian Kren Menara Bernilai RM42.7 Juta
Catalyst

Favelle Favco Peroleh Dua Kontrak Bernilai RM95 Juta

6 days ago
Keuntungan Bersih Scientex Susut Kepada RM409 Juta, Umum Dividen Lima Sen
Catalyst

Untung Bersih Scientex Meningkat Kepada RM106.29 Juta Bagi Suku Kedua

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In