• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Icon Offshore Cadang Pengurangan Modal, Penyatuan Saham

in Catalyst
A A
Unit Icon Offshore Peroleh Kontrak Sedia Pelantar Penggerudian Petrofac Bernilai US$13.3 Juta

Kredit Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) — Icon Offshore Bhd (Icon) bercadang untuk melaksanakan pengurangan modal saham terbitannya sebanyak RM830 juta untuk menghapuskan kerugian terkumpul syarikat dan kumpulan anak syarikatnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu juga telah mengumumkan cadangan penyatuan setiap lima saham biasa sedia ada dalam syarikat yang dipegang oleh pemegang sahamnya.

“Cadangan pengurangan modal itu bertujuan untuk menangani kerugian terkumpul masa lalu kumpulan dan memudahkan pengisytiharan dividen sekiranya syarikat mengekalkan pendapatan pada masa hadapan.

Berkaitan

Bursa Kemuka Pertanyaan UMA Kepada AAX Selepas Kenaikan Harga Dan Volum

Ideal Property Lancar Taman Teknologi Pulau Pinang Bernilai RM4.2 Bilion

Haily Group Dapat Kontrak Perumahan RM32.7 Juta Di Johor

“Cadangan penyatuan saham itu dijangka meningkatkan struktur modal saham syarikat dan mengurangkan turun naik harga dagangan bagi saham itu,” katanya.

Cadangan pengurangan modal sebanyak RM830 juta ditentukan oleh lembaga pengarah, selepas mengambil kira kerugian terkumpul kumpulan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2021  sebanyak kira-kira RM811.94 juta dan kerugian terkumpul yang belum diaudit kumpulan untuk tahun kewangan 2022 berjumlah RM822.41 juta.

Sehubungan itu, pelarasan sebanyak RM830 juta daripada pembatalan tersebut akan digunakan untuk menghapuskan kerugian terkumpul kumpulan secara keseluruhannya, manakala baki, jika ada, akan dikreditkan ke akaun pendapatan terkumpul kumpulan.

Cadangan penyatuan saham akan dilaksanakan selepas selesai cadangan pengurangan modal. Pada 13 Feb 2023, modal saham terbitan Icon adalah kira-kira RM1.15 bilion terdiri daripada 2.71 bilion saham dan Waran A tertunggak berjumlah 654.52 juta.

Icon juga berkata tiada penggantungan akan dikenakan ke atas dagangan saham dan waran A di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) bagi tujuan melaksanakan cadangan penyatuan saham.

“Cadangan itu tertakluk kepada kelulusan daripada Bursa Securities, pemegang saham Icon pada mesyuarat agung luar biasa yang akan datang, pemberian perintah oleh Mahkamah dan persetujuan pemiutang kumpulan itu,” katanya.

Cadangan itu dijangka selesai pada suku ketiga 2023 dan permohonan untuk cadangan penyatuan saham dijangka diserahkan kepada Bursa Securities dalam tempoh sebulan dari hari ini.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiacadanganIcon Offshorepengurangan modalpenyatuan saham
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Kemuka Pertanyaan UMA Kepada AAX Selepas Kenaikan Harga Dan Volum
Catalyst

Bursa Kemuka Pertanyaan UMA Kepada AAX Selepas Kenaikan Harga Dan Volum

4 days ago
Ideal Property Lancar Taman Teknologi Pulau Pinang Bernilai RM4.2 Bilion
Catalyst

Ideal Property Lancar Taman Teknologi Pulau Pinang Bernilai RM4.2 Bilion

5 days ago
Haily Group Menang Kontrak RM52.30 Juta Daripada Unit Mah Sing
Catalyst

Haily Group Dapat Kontrak Perumahan RM32.7 Juta Di Johor

6 days ago
Unit Favelle Favco Terima Pesanan Belian Kren Menara Bernilai RM42.7 Juta
Catalyst

Favelle Favco Peroleh Dua Kontrak Bernilai RM95 Juta

6 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In