KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) — Hong Seng Consolidated Bhd (sebelum ini dikenali MSCM Holdings Bhd) telah membeli 51 peratus kepentingan dalam Pantasniaga Sdn Bhd, pembekal kit ujian ‘polymerase chain reaction’ (PCR) COVID-19 dengan kepakaran dan berpengalaman membangunkan makmal ujian sampel virus berkenaan.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata Pantasniaga baru-baru ini telah mendapat surat tawaran sebagai pembekal kit ujian COVID-19 untuk kerajaan dan/atau agensi berkaitannya.
Menurutnya, anak syarikat milik penuhnya, HS Bio Supplies Sdn Bhd telah memeterai satu perjanjian hari ini bagi pembelian kepentingan saham dalam Pantasniaga.
Pantasniaga yang mempunyai aset sebanyak RM41.66 juta pada 2019, telah mencatat kerugian selepas cukai sebanyak RM55.76 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac tahun lepas.
Sementara itu dalam satu kenyataan media, Pengarah Eksekutif Hong Seng merangkap Pengarah HS Bio Kenny Khow berkata Pantasniaga telah menjalankan beberapa kontrak pembekalan bagi agensi kerajaan Malaysia.
Beliau berkata Pantasniaga telah menerima surat tawaran dan memperoleh kontrak bekalan bernilai kira-kira RM25 juta daripada sebuah agensi kerajaan Malaysia dalam usaha menangani keadaan di Sabah
Pada masa sama, katanya, kumpulan itu akan terus berurusan dengan agensi-agensi kerajaan dalam usaha mendapatkan bekalan atau membina makmal ujian sebagai melengkapi kit ujian PCR yang telah diluluskan dan didaftarkan dengan pihak berkuasa negara ini.
Hong Seng, penyedia penyelesaian pemasaran dan teknologi maklumat, telah mempelbagaikan usaha dengan menceburi bidang pengeluaran dan perdagangan sarung tangan serta peralatan perlindungan diri pada awal tahun ini.
Menurut syarikat itu, sejajar dengan usaha dalam penjagaan kesihatan secara menyeluruh, HS Bio juga telah bekerjasama dengan eMedAsia Sdn Bhd bagi pendigitalan penjagaan kesihatan swasta.
“Syarikat ini juga dalam proses menjadi pengedar makanan tambahan serta vaksin COVID-19 dari China menerusi perjanjian konsortium dengan Royce Pharma iaitu antara firma farmaseutikal terkemuka di Malaysia,” katanya.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards