Pasaran Bursa Malaysia masih lagi dalam keadaan kejatuhan apabila aktiviti mengambil untung terhadap komponen yang berkaitan dengan sektor sarung tangan dalam indeks FBM KLCI iaitu Top Glove dan Hartalega. Masih tiada lagi petanda akan tamatnya selling pressure dan para pelabur dinasihati untuk mengambil langkah berhati–hati ketika melabur.
Di antara beberapa kupasan menarik pasaran saham kita minggu ini adalah:
1. Pasaran Bursa Malaysia setakat hari ini masih dalam keadaan ‘volatile’. Minggu lalu jangkitan Covid-19 di Malaysia berada pada paras tertinggi dalam sejarah iaitu 891 kes pada Sabtu lalu dan sehingga hari ini bilangan kes jangkitan Covid-19 masih berada di tahap 3 angka.
2. Kerajaan Malaysia juga telah menyarankan agar semua kaki tangan awam dan swasta untuk bekerja dari rumah bermula 22 Oktober yang lalu. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan pengunaanpenggunaan internet semakin bertambah selaras dengan penerimaan norma baharu bekerja dari rumah. Ini menandakan sambungan internet sudah menjadi keperluan pekerjaan buat masa kini.
3. Bursa Malaysia bagi sesi dagangan pagi ini naik 1.49 mata iaitu 1500.29, jumlah dagangan pula adalah sebanyak 2.833 bilion yang bernilai RM1.759 bilion menjadikan dengan 481 kaunter menaik, 445 kaunter menurun dan 769 kaunter yang tidak berubah.
4. Pasaran hari ini masih tertumpu kepada sektor teknologi, ACE, syarikat berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan logistik.
5. Antara saham yang mencatatkan kenaikan bagi pada sesi pagi adalah VITROX, JFTECH, MI, PPBANK, MISC dan UWC.
6. Di aantara saham yang aktif didagangkan bagi sesi pagi pula adalah IRIS, DGSB, QES, HIAPTEK, DSONIC, EFORCE, SALCON, AT, dan ISTONE.
7. Catalyst sepanjang minggu ini:
- Berikutan pemingkatanpeningkatan jangkitan kes Covid-19, katil di hospital Sabah tidak mencukupi
- Pelabur sedang menunggu perbincangan Mesyuarat Khas Kabinet Malaysia
- Malaysia Airlines menawarkan skim persaraan awal kepada pekerja yang berusia 45 tahun dan ke atas serta telah berkhidmat dengan syarikat secara berterusan selama minimum 10 tahun
- Mah sing Sing bercadang untuk memulakan pembuatan sarung getah tangan pada pertengahan 2021
- Intel Corporation setuju untuk menjual NAND kepada SK Hynix, pengeluar cip terbesar di dunia pada harga $ USD 9 billion. Intel akan menumpukan pada segmen robotik AI dan 5G
- Debat di antara Donald Trump dan Joe Biden menjadi tumpuan. Sekiranya Trump memenangi pilihan raya, pengkilang (manufacturer) di Malaysia bakal menerima tempias positif dan sekiranya Biden memenangi pilihan raya, BigTech serta ESG bakal menjadi sektor baru berkembang (new growth sector)
- Bitcoin diterima pakai oleh Paypal
- China dalam percubaan merealisasikan ‘digital yuan’. Penasihat Persekutuan Amerika Syarikat, Jerome Powell juga mencadangkan idea ‘central bank digital currency’ begitu juga dengan President Bank Eropah, Christine Lagarde yang mula bercakap tentang ‘digital Euro’
- Vitrox mengumumkan prestasi kewangan suku tahun ke-3 dengan pendapatannya RM123.78 juta dan untung bersih RM 29.217 juta
8. Di antara saham-saham yang berada dalam 52 Weeks High pula adalah RGTBHD, NATWIDE, SMCAP, PMETAL, LIIHEN, D&0, UNISEM, INARI, JFTECH, SCOMNET dan GHLSYS.
9. Terbaharu, Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan ‘Darurat Politik‘ kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi ketidakstabilan politik dan mengelak lebih banyak konflik dalam sidang Parlimen akan datang. Maka tidak semena-mena dapat kita saksikan mata indeks FBM KLCI jatuh petang ini dengan rata-rata kaunter dalam keadaan rugi kerana para pelabur mengambil langkah berjaga-jaga sementara menanti keputusan lebih jelas daripada pihak YDPA terlebih dahulu.
Penulisan ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja, sebarang tindakan atau keputusan pelaburan adalah keputusan anda sendiri.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards