Macam mana dengan portfolio masing-masing hari ini? Banyak yang hijau atau banyak yang merah? Kalau banyak yang hijau, ucaplah Alhamdulillah tetapi kalau banyak yang merah, maka kita kena muhasabah.
Jom kita tengok beberapa highlight berkenaan dengan pasaran saham Bursa Malaysia pada hari ini.
- Bursa Malaysia bagi sesi dagangan awal pagi tadi dilihat mengalami sedikit penjualan, turun -5.99 mata atau 0.37% sebelum naik semula ke paras 1600 pada sesi tengah hari berikutan kerisauan sama ada Belanjawan 2021 akan diluluskan atau ditolak.
- Pada sesi dagangan setakat 3.37 petang pula, KLCI naik 11.78 mata kepada 1609.36 selepas meluluskan Belanjawan 2021 di mana Yang di-Pertuan Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menolak permohonan Mahfuz Omar untuk undi belah bahagi selepas tidak cukup syarat
- Bursa Malaysia ditutup 1612.11 naik 14.53 mata atau 0.91%, jumlah dagangan pula adalah 8.868 billion yang bernilai RM 4.677 billion menjadikan 815 kaunter menaik, 412 kaunter menurun dan 428 kaunter yang tidak berubah
- Pasaran hari ini didorong oleh kaunter-kaunter di papan utama
- Antara saham yang untung adalah MPI, NESTLE, KESM, PETDAG, KHIND, PANAMY, SUPERMX, BKAWAN, TOPGLOV, TIMECOM, SCIB, HARTA, PMETAL, UWC dan COMFORT
- Antara saham yang aktif didagangkan pula adalah AT, VIVOCOM, IRIS, KANGER, MTRONIC, JAKS, PUC, SAPNRG dan PARKSON
- Katalis sepanjang minggu ini:
Vaksin: selain daripada Pharmaniaga Berhad dan Duopharma Biotech Berhad, ada 9 lagi syarikat yang mengumumkan penglibatan berkaitan vaksin yang melibatkan logistik serta pengagihan. Kerajaan sendiri telah memperuntukkan RM 3 billion yang dijangka boleh melindungi 70% populasi
Selepas lebih daripada 1800 pekerja kilang Top Glove dijangkiti covid-19, 28 Top Glove dikatakan akan ditutup secara berperingkat namun penghasilan di lihat tidak akan terjejas
- Antara saham-saham yang berada dalam 52-Weeks High pula adalah SCIB, LEESK, RALCO, EURO, D&O, SIGGAS, TM, BJFOOD dan CCM.
Penulisan ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja, sebarang tindakan atau keputusan pelaburan adalah keputusan anda sendiri.
Anda sedang mencari ilmu pelaburan dan perdagangan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif?
Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!
Buat julung kalinya, memperkenalkan:
WEBINAR SENANG SAHAM
bersama speaker:
Tuan Eza Ezamie
COO Majalah Labur
&
Tuan Somad Albasit
Remisier M+ (Malacca Securities)
#Hari 1 : 19 Disember 2020
Sabtu, 9 pagi – 5 petang
#Hari 2 : 20 Disember 2020
Ahad, 9 pagi – 5 petang
#Hari 3 : 21 Disember 2020
Isnin, 2 petang – 5 petang
Ini adalah kelas intensif. Ini bukan kelas preview. Mana ada kelas preview sampai 3 hari?
Belajar secara santai dari rumah melalui aplikasi ZOOM.
Daftar sekarang -> https://thekapital.my/senangsaham19Dis