• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Harga MSM Mungkin Naik Susulan Pengeluaran Okt-Nov Yang Rendah

in Berita
A A
Malaysia Harap Kerajaan Amerika Syarikat Terima Penjelasan FGV

Sumber Gambar : FGV

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) berkemungkinan kekal disokong pada RM2,800 – RM2,900 setan metrik dan mencecah ke paras RM3,000 jika pengeluaran menjadi lebih rendah pada Oktober dan November, kata pemilik dan pengasas bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Dr Sathia Varqa.

Malaysia telah pun merekodkan pengeluaran yang tinggi pada awal tahun ini, oleh itu, bilangan pengeluaran yang lebih rendah dijangkakan berlaku sepanjang tahun. 

“Jika pengeluaran November jatuh berbanding Oktober dan Disember adalah lebih rendah daripada November, maka harga mungkin berpeluang melonjak ke paras RM3,000,” katanya pada Pameran Persidangan Unjuran Harga Minyak Laurik dan Sawit Maya 2020 hari ini.

Berkaitan

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

Berdasarkan pembentangan beliau mengenai pasaran minyak sawit Malaysia 2020, pengeluaran keseluruhan dijangka merosot 1.8 peratus kepada 19.5 juta tan pada 2020, manakala stok akhir tahun diunjurkan turun 0.5 peratus kepada 2.0 juta tan.

Sementara itu, eksport dijangka jatuh 8.0 peratus kepada 17 juta tan berikutan pengurangan penghantaran ke India pada awal tahun ini. 

Bagi 2021, niaga hadapan MSM akan melemah kepada RM2,650 – RM2,800 pada suku pertama di tengah-tengah pengeluaran yang lebih baik.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, pengeluaran susut 4.0 peratus dan penggunaan domestik turun 1.5 peratus dari tahun ke tahun. 

Sementara itu, eksport menjadi lembap sebanyak sembilan peratus disebabkan penghantaran yang lebih rendah ke India berikutan sekatan COVID-19. 

Sathia berkata antara faktor utama yang akan mempengaruhi prestasi pasaran MSM adalah perkembangan mengenai pengeluaran kacang soya Amerika Syarikat (AS) dan sawit, COVID-19, biodiesel Malaysia serta kemas kini cukai eksport sifar termasuk perang perdagangan AS-China.

Di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan telah mengecualikan duti eksport untuk MSM, minyak kernel sawit mentah dan minyak kernel sawit bertapis serta yang diluntur mulai 1 Julai hingga 31 Dis 2020.

— BERNAMA 

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share212ShareSend

Related Posts

Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

4 weeks ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

2 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

3 months ago
Program Khas Peremitan Pendapatan Yang Disimpan Di Luar Negara
Berita

229,613 Borang B Diterima Setakat 14 Jun, Angka Masih Rendah – LHDN

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In