KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) — Subsidiari milik penuh Handal Energy Bhd, Handal Cranes Sdn Bhd mendapat kontrak baharu daripada entiti Mubadala Petroleum, MDC Oil & Gas Ltd, bagaimanapun, nilai kontrak tersebut tidak dinyatakan.
Penyedia perkhidmatan kren dan peralatan perindustrian itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia menjelaskan kontrak selama empat tahun itu bertujuan bagi penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan kren kekaki luar pesisir termasuk alat gantinya.
”Kontrak tersebut tidak mempunyai nilai yang ditetapkan kerana ia dibuat berdasarkan kepada ‘permintaan’ yang mana pesanan kerja dikeluarkan mengikut budi bicara pelanggan bergantung kepada jadual aktiviti dan kadar mereka semasa sepanjang tempoh kontrak,” katanya.
Syarikat itu berkata kontrak itu tidak akan memberikan sebarang impak ke atas modal saham dan struktur pegangan sahamnya.
”Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan Handal bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021 dan seterusnya sehingga tamat tempoh kontrak,” tambahnya.
Mubadala Petroleum dimiliki sepenuhnya oleh Mubadala Investment Company, yang dikuasai oleh kerajaan Abu Dhabi.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards