• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Haily Group Dapat Kontrak Perumahan RM32.7 Juta Di Johor

in Catalyst
A A
Haily Group Menang Kontrak RM52.30 Juta Daripada Unit Mah Sing

Gambar: Yoong Wy

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Pakar pembinaan Haily Group Bhd memperoleh kontrak bernilai RM32.66 juta daripada Nice Frontier Sdn Bhd untuk membina 186 rumah teres satu tingkat di Bandar Putra, Iskandar Malaysia, Johor. 

Dalam satu kenyataan hari ini, Haily berkata kontrak itu, yang merupakan kontrak ketiga dimenangi syarikat tahun ini telah menokok nilai kontrak projek yang sedang berjalannya kepada RM657.87 juta. 

Pada 10 Mac 2023, unit milik penuh Haily Construction Sdn Bhd menerima surat anugerah daripada JYP Architects Sdn Bhd, arkitek yang dilantik oleh ahli IOI Properties Group, Nice Frontier bagi membina unit kediaman dan sub-stesen Tenaga Nasional Bhd.

Berkaitan

Bursa Kemuka Pertanyaan UMA Kepada AAX Selepas Kenaikan Harga Dan Volum

Ideal Property Lancar Taman Teknologi Pulau Pinang Bernilai RM4.2 Bilion

Favelle Favco Peroleh Dua Kontrak Bernilai RM95 Juta

Haily berkata projek selama 15 bulan itu akan bermula pada 27 Mac 2023 dan dijangka siap menjelang 26 Jun 2024. 

“Dalam tempoh kurang daripada tiga bulan tahun ini, kami telah memperoleh jumlah kontrak bernilai RM148.79 juta. Dengan hanya kontrak ini, kami telah melangkaui nilai kontrak yang diperoleh sepanjang tahun lepas,” kata Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily, See Tin Hai.

Kumpulan itu berada di landasan yang betul untuk mencapai tahun kewangan yang lebih kukuh pada 2023 dan sedang giat mendapatkan lebih banyak projek bernilai tinggi pada tahun ini. 

Sebelum ini pada November 2021, Haily memperoleh projek perumahan komuniti bernilai RM14.57 juta di Kulai daripada Nice Frontier melibatkan pembinaan 216 rumah bandar strata.

— BERNAMA

Tags: Haily GrouphartanahNice Frontier
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Kemuka Pertanyaan UMA Kepada AAX Selepas Kenaikan Harga Dan Volum
Catalyst

Bursa Kemuka Pertanyaan UMA Kepada AAX Selepas Kenaikan Harga Dan Volum

4 days ago
Ideal Property Lancar Taman Teknologi Pulau Pinang Bernilai RM4.2 Bilion
Catalyst

Ideal Property Lancar Taman Teknologi Pulau Pinang Bernilai RM4.2 Bilion

5 days ago
Unit Favelle Favco Terima Pesanan Belian Kren Menara Bernilai RM42.7 Juta
Catalyst

Favelle Favco Peroleh Dua Kontrak Bernilai RM95 Juta

6 days ago
Keuntungan Bersih Scientex Susut Kepada RM409 Juta, Umum Dividen Lima Sen
Catalyst

Untung Bersih Scientex Meningkat Kepada RM106.29 Juta Bagi Suku Kedua

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In