• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

F&N Peroleh Hak Eksklusif Bagi Produk Susu Steril Bear Brand Nestle Di Kemboja

in Catalyst
A A
F&N Peroleh Hak Eksklusif Bagi Produk Susu Steril Bear Brand Nestle Di Kemboja
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) memperoleh hak lanjutan daripada Societe Des Produits Nestle S.A. and Nestec S.A. (Nestle) sebagai pengeluar dan pengedar bagi susu steril Bear Brand Nestle di Kemboja.

F&N dalam satu kenyataan hari in berkata kumpulan itu kini mengeluar, mengedar serta memasarkan produk susu tersebut secara terus kepada pengguna akhir di Kemboja, bermula 1 Mac, 2023, sehingga 2037.

“Lanjutan kontrak ini merupakan sebahagian daripada perjanjian lesen yang pada asalnya diberikan oleh Nestle pada 2007 dan kemudiannya diperbaharui pada 2015,” katanya sambil menambah perjanjian itu meningkatkan lagi kehadiran syarikat berkenaan di pasaran Indochina. 

Berkaitan

Bursa Kemuka Pertanyaan UMA Kepada AAX Selepas Kenaikan Harga Dan Volum

Ideal Property Lancar Taman Teknologi Pulau Pinang Bernilai RM4.2 Bilion

Haily Group Dapat Kontrak Perumahan RM32.7 Juta Di Johor

F&N berkata pada masa ini syarikat itu mengeluar dan mengedarkan susu steril Bear Brand dan susu Bear Brand Gold bagi pasaran Thailand dan Laos.

“Selain itu, kumpulan juga mengeluar, mempromosi dan mengedarkan jenama Carnation di Thailand, Laos dan Kemboja serta menjual susu tin Carnation, susu sejat Ideal, susu pekat manis dan krimer minuman manis Milkmaid di Malaysia, Brunei dan Singapura hingga 2037,” katanya. 

Ketua pegawai eksekutif F&N Lim Yew Hoe berkata kontrak yang dilanjutkan itu menunjukkan keyakinan Nestle terhadap F&N dan perkongsian strategik yang akan membolehkan kedua-dua syarikat menjana nilai sinergi dengan memanfaatkan kekuatan antara satu sama lain di rantau ini. 

“Bersama-sama dengan kilang minuman berasaskan susu dan tumbuhan yang baru siap di Wang Muang, Thailand, F&N berhasrat untuk memainkan peranan lebih besar dalam segmen susu cair. 

“Kami yakin kepakaran kami dalam pasaran ini dan komitmen kepada inovasi akan merangsang pertumbuhan lebih besar dalam segmen ini,” katanya. 

— BERNAMA 

Tags: Bear BrandF&NKembojaNestlesusu steril
Share200ShareSend

Related Posts

Bursa Kemuka Pertanyaan UMA Kepada AAX Selepas Kenaikan Harga Dan Volum
Catalyst

Bursa Kemuka Pertanyaan UMA Kepada AAX Selepas Kenaikan Harga Dan Volum

4 days ago
Ideal Property Lancar Taman Teknologi Pulau Pinang Bernilai RM4.2 Bilion
Catalyst

Ideal Property Lancar Taman Teknologi Pulau Pinang Bernilai RM4.2 Bilion

5 days ago
Haily Group Menang Kontrak RM52.30 Juta Daripada Unit Mah Sing
Catalyst

Haily Group Dapat Kontrak Perumahan RM32.7 Juta Di Johor

6 days ago
Unit Favelle Favco Terima Pesanan Belian Kren Menara Bernilai RM42.7 Juta
Catalyst

Favelle Favco Peroleh Dua Kontrak Bernilai RM95 Juta

6 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In