• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Felda Tambah Pegangan Dalam FGV, Buat Tawaran Pengambilalihan Mandatori

in Berita, Catalyst
A A
FGV Luaskan Pasaran Benih Kelapa Sawit Di India, Sasar Jual 1.5 Juta Benih Menjelang 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang memiliki 21.24 peratus kepentingan dalam FGV Holdings Bhd, akan meningkatkan pegangannya kepada 35.12 peratus selain bercadang mengambil alih saham persendirian syarikat itu pada RM1.30 sesaham.

FELDA telah memeterai perjanjian belian saham bersyarat dengan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) membabitkan sejumlah 222.48 juta saham FGV yang mewakili 6.1 peratus pada harga RM289.2 juta atau RM1.30 sesaham.

Dalam kenyataan hari ini, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) berkata FELDA turut memeterai perjanjian pembelian saham dengan Urusharta Jamaah Sdn Bhd membabitkan pembelian sebanyak 283.71 juta saham FGV yang mewakili 7.78 peratus kepentingan ekuiti dalam FGV pada harga RM368.8 juta atau RM1.30 sesaham.

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

Apabila cadangan pengambilalihan itu selesai, FELDA berserta pihak yang berkepentingan sama (PAC) akan secara kolektif memegang lebih daripada 50 peratus saham-saham FGV.

“Selain itu, apabila perjanjian pembelian saham bersyarat (CSPA) menjadi tidak bersyarat, FELDA akan menyerahkan notis tawaran mandatori kepada Lembaga Pengarah FGV,” kata Maybank IB yang turut berperanan sebagai penasihat prinsipal FELDA terhadap cadangan-cadangan tersebut.

Cadangan pengambilalihan itu turut menjadi peluang untuk FELDA mendapatkan kawalan statutori ke atas FGV berserta pihak PAC bagi meneruskan pelan transformasi dan penstrukturan semulanya dan syarikat-syarikat berkaitannya untuk memperkukuh perniagaan teras dalam sektor perladangan.

“Usaha pengambilalihan itu akan meningkatkan keupayaan FELDA untuk menguasai tanah ladang dan penyepaduan rantaian nilai FGV dan anak-anak syarikatnya.

“Ini akan membuka jalan bagi kerjasama lebih besar dalam aktiviti perniagaan FELDA dan FGV Group selain memberi akses terhadap aktiviti hiliran yang dinilai tambah tinggi dan dilaksanakan oleh FGV dalam sektor perladangan,” kata Maybank IB.

Pada masa sama, pengambilalihan itu dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan FELDA di masa depan serta mewujudkan sinergi mantap dengan kumpulan FELDA secara meluas dan membolehkan agensi itu mempunyai aliran tunai kukuh bagi meningkatkan semula prestasi dan kemampanannya.

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

2 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

2 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

2 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In