KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Pemaju hartanah, EcoFirst Consolidated Bhd merancang untuk melancarkan projek pembangunan bercampur dengan nilai pembangunan kasar (NPK) RM311 juta di Cahaya SPK, Shah Alam, susulan pembelian tanah pegangan pajakan seluas 1.93 hektar.
Anak syarikatnya, EcoFirst Worldwide Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian jual dan beli dengan Modern Peak Sdn Bhd untuk membeli tanah itu yang terletak di Seksyen U9, Shah Alam, Selangor pada RM42 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Tiong Kwing Hee berkata pembelian ini sejajar dengan strategi EcoFirst mencari tanah bernilai bersih tinggi yang membolehkan EcoFirst membangunkannya dengan cepat dalam jangka pendek hingga sederhana.
“Memandangkan Shah Alam menjadi ibu negeri Selangor yang mencatatkan perindustrian yang pesat, pembelian tanah Cahaya SPK itu akan memberi peluang untuk kami memanfaatkan nukleus pembangunan ekonomi dan perbandaran negeri itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau yakin kediaman berharga menarik yang ditawarkan pihaknya, dilengkapi dengan rangkaian jalan raya komprehensif, akan memperoleh sambutan positif walaupun pasaran hartanah mengalami situasi suram.
Cadangan pembangunan tersebut merangkumi empat blok menempatkan 1,098 unit kediaman pejabat kecil pejabat rumah (SOHO), selain kedai komersial dan runcit, pasar raya dan ruang perniagaan.
Pembelian tanah itu, yang dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan akan datang, akan dibiayai oleh dana dalaman dan pinjaman bank.
Sebaik sahaja selesai, jumlah simpanan tanah EcoFirst akan meningkat kepada 37.13 hektar daripada 35.21 hektar, yang boleh dibangunkan dalam tempoh 11 hingga 14 tahun.
Anggaran tempoh pembangunan projek ini adalah tiga tahun setelah kelulusan untuk menyemak naik kepadatan kediaman dan NPK diperoleh.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards