• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Dua Perjanjian Lesen Unit Hibiscus Dapat Dilaksanakan Sepenuhnya

in Catalyst
A A
Dua Perjanjian Lesen Unit Hibiscus Dapat Dilaksanakan Sepenuhnya

Kredit Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) — Dua daripada tiga perjanjian lesen yang diterima oleh Anasuria Hibiscus UK Ltd (AHUK), anak syarikat milik penuh tidak langsung Hibiscus Petroleum Bhd, telah berjaya dilaksanakan secara sepenuhnya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Hibiscus Petroleum berkata Pihak Berkuasa Minyak dan Gas United Kingdom (OGA) telah memaklumkan bahawa perjanjian lesen bagi tawaran ketiga iaitu Lesen P2532, kini dalam proses pelaksanaan secara penuh.

Lesen P2532 itu membabitkan blok atau kawasan minyak dan gas 21/19c dan 21/20c manakala dua perjanjian lesen yang dilaksanakan penuh adalah Lesen P2535 bagi blok 21/24d manakala Lesen P2518 bagi Blok 15/17a.

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

“Lesen-lesen itu meliputi kawasan pengeluaran matang yang berhampiran dengan prasarana sedia ada di bawah terma Lesen Pembaharuan yang membolehkan syarikat seperti AHUK menentukan tempoh serta fasa yang membawa kepada pelaksanaan program kerja optimum,” katanya.

Menurut Hibiscus Petroleum, terma lesen itu akan bermula dari 1 Dis, 2020, selama empat tahun daripada fasa pembangunan lapangan (FDP) dengan terma seterusnya (fasa pengeluaran) bermula bagi tempoh 18 tahun dari selesainya fasa FDP.

Tiga perjanjian lesen itu sejajar ketetapan dalam tawaran OGA yang diterima oleh AHUK pada Pusingan Pelesenan Luar Pesisir UK Kali Ke-32.

Sewaktu dagangan ditutup hari ini, saham-saham syarikat eksplorasi dan pengeluaran minyak dan gas menokok setengah sen kepada 58 sen. 

— BERNAMA

Share240ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

2 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

2 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

2 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In