• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

DNeX Raih Sehingga RM109.1 Juta Menerusi Penempatan Persendirian

in Catalyst
A A
DNeX Raih Sehingga RM109.1 Juta Menerusi Penempatan Persendirian
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Dagang NeXchange Bhd (DNeX) dijangka meraih hasil sehingga RM109.14 juta menerusi penempatan persendirian untuk membiayai fasa pertumbuhan yang seterusnya, membayar semula pinjaman bank dan membiayai keperluan modal kerja.

Syarikat itu yang menyediakan e-perkhidmatan bagi kemudahan perdagangan bercadang melaksanakan penempatan persendirian sehingga 20 peratus daripada jumlah saham terbitan kepada pelabur pihak ketiga untuk dikenal pasti kemudiannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata jumlah hasil itu adalah berdasarkan harga terbitan indikatif 22 sen bagi setiap saham penempatan dan jangkaan baki sekuriti boleh tukar kumpulan itu dilaksanakan sepenuhnya susulan pelaksanaan cadangan penempatan persendirian itu. 

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

Langkah cadangan itu dijangka selesai menjelang suku keempat tahun ini.

“Kami yakin wujud peluang untuk dimanfaatkan bagi meletakkan kami kembali ke landasan pertumbuhan.

“Khususnya, dalam keadaan pasaran pada masa ini, penilaian teknologi maklumat dan aset tenaga tertentu menjadi tarikan kepada kumpulan ini untuk pertimbangan pelaburan,” menurut Pemangku Pengarah Urusan kumpulan Mohd Azhar Mohd Yusof.

Saham DNeX ditutup pada 27 sen pada sesi dagangan Selasa dengan penurunan setengah sen.

— BERNAMA

Share229ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

2 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

3 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

3 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In