• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, December 4, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Covid-19 Mungkin Beri Kesan Ke Atas Reka Bentuk Perumahan Jangka Panjang

in Berita
A A
Covid-19 Mungkin Beri Kesan Ke Atas Reka Bentuk Perumahan Jangka Panjang

Sumber Gambar : PropertyInsight

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — Perunding hartanah global bebas, Knight Frank menekankan pandemik COVID-19 boleh memberi kesan ke atas penawaran jangka pendek dan reka bentuk perumahan jangka panjang di seluruh dunia.

Menurut kaji selidiknya yang dijalankan dalam kalangan 160 pemaju global di 22 negara, hampir enam daripada 10 pemaju global telah menangguhkan projek mereka berikutan penularan virus, yang telah memutuskan rantaian bekalan dan menyebabkan pihak borong memikirkan semula mengenai cara dan lokasi yang ingin didiami orang.

Bagi yang mempunyai projek tertangguh, lebih empat daripada 10 pemaju sedang melakukan perubahan ke atas reka bentuk yang sebelum ini telah dianggap siap, menurutnya dalam kenyataan.

Berkaitan

SC Keluarkan Garis Panduan Tadbir Urus ESG Untuk PKS

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Walaupun pemaju mungkin mengekang keinginan untuk membentuk semula pembangunan secara radikal pada peringkat awal, namun kaji selidik Knight Frank mendapati wujud keinginan untuk mempertimbangkan perubahan berpotensi susulan COVID-19 termasuk bagi ruang untuk rumah pejabat; kehidupan lebih sihat dan hijau; tarikan bandar, skim penggunaan bercampur-campur; berhampiran rumah dan paparan maya.

Sekutu Knight Frank, Flora Harley berkata kaji selidik itu juga meneliti beberapa kekangan terbesar yang dihadapi pemaju iaitu pendanaan, dengan kurang satu pertiga responden mengatakan ia menjadi kebimbangan utama mereka.

Beliau berkata kekangan seterusnya ialah ancaman percukaian dan pengawalseliaan lanjutan ke atas pasaran hartanah serta sekatan perancangan dan perjalanan namun pada tahap lebih rendah memandangkan sekatan akan diatasi dalam jangka terdekat.

“Bagi masa depan, dua mesej yang jelas iaitu bagi pemaju, COVID-19 telah mempercepatkan trend yang sudah sedia wujud dalam projek binaan baharu, sementara bagi pembeli pula fleksibiliti adalah kuncinya.

“Pembeli mencari ruang penghidupan serba boleh yang menyokong kerja yang cekap, dan pada masa sama membolehkan pengasingan untuk kehidupan berumah bagi menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan,” kata Pengarah Bersekutu, Pemasaran Projek Kediaman Antarabangsa, Knight Frank Malaysia, Dominic Heaton-Watson.

— BERNAMA

Share205ShareSend

Related Posts

SC Keluarkan Garis Panduan Tadbir Urus ESG Untuk PKS
Berita

SC Keluarkan Garis Panduan Tadbir Urus ESG Untuk PKS

2 months ago
Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

3 months ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

4 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In