• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Country Heights Akan Labur RM50 Juta Bangun Prasarana Pembayaran Mata Wang Kripto

in Catalyst
A A
Country Heights Akan Labur RM50 Juta Bangun Prasarana Pembayaran Mata Wang Kripto

Sumber Gambar : COUNTRY HEIGHTS

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Country Heights Holdings Bhd akan melabur kira-kira RM50 juta untuk membangunkan prasarana infrastruktur pembayaran bagi membolehkannya menerima wang kripto bagi urusan pembayaran pembelian barangan dan perkhidmatan syarikat dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang. 

Pengarah Urusannya Datuk Jared Lim berkata pelan transformasi digital itu akan menyaksikan sinergi antara Country Heights dan rakan kongsi teknologinya termasuk Huawei Malaysia, Touch Point International serta Coloinstar Capital dan perjanjian perkongsian teknologi tersebut dijangka dimeterai sebelum akhir tahun ini. 

Menurutnya, kerjasama Country Heights dengan Huawei akan menumpukan kepada pembangunan prasarana Mines Wellness City menerusi peruntukan teknologi 5G dan WiFi 6 bagi perbandaran tersebut pada akhir tahun.

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

“Menjelang akhir tahun ini, (Mines Wellness City) akan menjadi kawasan pertama di Malaysia yang diliputi sepenuhnya dengan keupayaan WiFi 6 dan 5G,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di Seri Kembanganm dekat sini, hari ini.

Lim berkata syarikat itu merancang meluaskan liputan teknologi tersebut ke perbandaran lain dan menghubungkan perniagaan kesejahteraannya dengan hartanah dalam perbandarannya. 

“Apabila orang membeli hartanah kami, sebagai contoh, di The Mines, kami mahu memastikan mereka disambungkan ke perbandaran itu jadi mereka membeli keseluruhan perbandaran. Itulah sebabnya mengapa kami memulakan The Mines terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata syarikat itu juga akan menjadi syarikat senaraian awam pertama memulakan Security Token Offerings (STO), satu proses apabila pelabur menukarkan wang bagi syiling atau token yang mewakili pelaburannya. 

Dalam perkembangan lain, pengasas dan pengerusi eksekutif Country Heights Tan Sri Lee Kim Yew akan meletakkan jawatan menjelang 31 Dis, 2020, untuk menumpukan kepada perniagaan peribadinya termasuk Golden Touch Investment Bank yang akan menggunakan teknologi blockchain terbaharu bagi STO.

Lee, bagaimanapun, akan kekal sebagai pemegang saham dan penaung kumpulan. 

“Saya telahpun menerima kelulusan. Malahan bank pelaburan saya kini sedang beroperasi. Saya akan mengambil cuti daripada Country Heights dan menyerahkan semua perniagaan kepada pasukan pengarah baharu dan saya akan menumpukan kepada mata wang kripto,” kata Lee. 

— BERNAMA

Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

Share209ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

2 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

3 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

3 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In