• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

China Akan Beli 1.7 Juta Tan Minyak Sawit Malaysia Sehingga 2023

in Berita
A A
China Akan Beli 1.7 Juta Tan Minyak Sawit Malaysia Sehingga 2023

Sumber Gambar : Nikkei

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak sawit dari Malaysia sehingga 2023, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama susulan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi, di sini, Selasa.

“Kami amat menghargai komitmen China untuk membeli 1.7 juta tan minyak sawit sehingga tahun 2023.

Berkaitan

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

“Kami juga membincangkan peluang untuk menjalin kerjasama tiga hala menggunakan produk  berasaskan kelapa sawit Malaysia untuk menangani keselamatan makanan di negara ketiga,” kata Hishammuddin.

Pada 2017, Malaysia mengeksport 2.87 juta tan minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit bernilai RM9.42 bilion ke China.

Eksport produk minyak sawit ke China juga meningkat 17.8 peratus pada 2019 selepas menurun selama tujuh tahun berturut-turut.

Menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), eksport minyak sawit Malaysia ke China meningkat 438,747 metrik tan – atau 31.1 peratus – kepada 1,848,433 metrik tan untuk tempoh  Januari hingga Ogos 2020.

Mengenai meningkatkan perdagangan minyak sawit Malaysia dengan China, Hishammuddin berkata kedua-dua pihak bersetuju mempromosikan produk minyak sawit yang mematuhi Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) dan label Makanan Hijau.

Katanya, Malaysia menghargai perjanjian China untuk mendorong perusahaannya meningkatkan import minyak sawit dan produk lain yang dihasilkan secara lestari sesuai dengan peraturan pasaran.

Dalam pertemuan selama dua jam itu, Malaysia dan China berharap rundingan mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) dua hala dapat dimuktamadkan, yang akan menyediakan kerangka kerja kerjasama pragmatik lebih luas antara kedua-dua negara dalam pasca-COVID-19.

“Saya berharap dapat menandatangani MoU ini dalam lawatan balas saya ke Beijing apabila keadaan mengizinkan,” katanya.

Tambah beliau, kedua-dua negara juga sepakat menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tinggi  untuk Kerjasama Pasca-COVID-19, yang dipengerusikan bersama oleh menteri luar kedua-dua negara. 

Jawatankuasa itu akan mengawasi pelaksanaan semua kesepakatan yang dicapai dalam kerangka MoU, katanya.

Beliau menambah antara keputusan lain yang dicapai kedua-dua pihak ialah persetujuan untuk meneruskan perbincangan mengenai  Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) bagi memudahkan pergerakan rentas sempadan perjalanan rasmi dan perniagaan kedua-dua negara.

“Walaupun pandemik COVID-19 belum berakhir, penting bagi kita untuk merancang dan berbincang lebih awal. Oleh itu, kita akan bersama-sama melancarkan RGL hanya apabila keadaan mengizinkan untuk kedua-dua negara melakukannya,” tambahnya.

Beliau berkata Wang juga mencadangkan Malaysia dan China saling melengkapi melalui Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

“Malaysia sekali lagi menegaskan sokongan padunya untuk BRI berdasarkan prinsip saling percaya, menguntungkan dan kesejahteraan bersama,” katanya.

Perbincangan turut menyentuh mengenai Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), kedua-dua negara menunggu penandatanganan RCEP dan pelancaran Visi APEC Pasca-2020 bersama dengan Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) pada akhir tahun.

“Di ASEAN, kami menyambut baik kerjasama lebih erat antara China dan semua negara anggota ASEAN. Kami juga menantikan sambutan ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China pada 2021, ” katanya.

Mengenai hubungan Amerika Syarikat-China, Hishammuddin berkata Malaysia berharap kedua-dua pihak berazam memperkukuh kepercayaan bersama dan terus mengadakan dialog sebagai jalan mengatasi perbezaan.

Wang, yang juga Anggota Dewan Negara China, kini melakukan kunjungan rasmi ke beberapa negara ASEAN – dengan Kemboja sebagai persinggahan pertamanya – sebelum tiba di sini pada Isnin untuk lawatan dua hari.

Kali terakhir beliau melawat Malaysia pada 2018.

— BERNAMA

Dah lama pendam perasaan nak beli saham terkemuka dunia seperti Facebook, Google, Apple dan McDonalds yang patuh syariah?

SEKEJAP, INI FAKTA KENA TAHU

1. Harga saham Tesla milik Elon Musk, dah naik lebih daripada 700% dalam masa setahun ni.

2. Tak perlu mula dengan modal besar. Ramai kata saham-saham dekat Wall Street tu mahal tetapi mereka semua tak tahu minimum kena beli 1 unit sahaja. Jadi contohnya kalau nak beli saham Twitter modal yang kena keluar hanyalah RM185.

3. Kalau nak tahu, pasaran saham Amerika Syarikat adalah yang terbesar di dunia. Nilai keseluruhan pasaran saham Amerika Syarikat adalah sebanyak USD36 trilion – 43% daripada nilai keseluruhan pasaran saham yang ada di seluruh dunia!

Memperkenalkan: WEBINAR SAHAM WALL STREET
Tarikh: 24-25 Oktober 2020 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Speaker: Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA)

Belajar secara santai dari rumah untuk 2 hari berturut-turut melalui aplikasi Zoom.

Klik https://thekapital.onpay.my/order/form/wallstreet24okt untuk details lebih lanjut.

Share347ShareSend

Related Posts

Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

4 weeks ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

2 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

3 months ago
Program Khas Peremitan Pendapatan Yang Disimpan Di Luar Negara
Berita

229,613 Borang B Diterima Setakat 14 Jun, Angka Masih Rendah – LHDN

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In