• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

CGS-CIMB Unjur 2021 Tahun Lebih Baik Untuk KLCI

in Catalyst
A A
CGS-CIMB Unjur 2021 Tahun Lebih Baik Untuk KLCI
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) — CGS-CIMB Securities Sdn Bhd menyifatkan 2021 sebagai tahun lebih baik untuk pasaran ekuiti tempatan berikutan pemulihan ketara pendapatan korporat, sekali gus menyaksikan pertambahan jumlah mudah tunai.

Menurut firma penyelidikan itu, kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) juga bakal mengundang kehadiran semula para pelabur asing yang berminat dengan pasaran negara berkembang pesat, termasuk Malaysia selain dapat melonjakkan pulangan di pasaran saham tempatan.

“Kami mengekalkan unjuran akhir tahun 2021 menyaksikan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah paras 1,759 mata dengan (kaunter) Inari-Amertron Bhd, Public Bank Bhd dan Telekom Malaysia sebagai pilihan utama,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

Bagi Januari, CGS-CIMB berkata selepas menganalisis data KLCI sebelum ini, prestasi indeks itu ternyata bercampur-campur bagi bulan di bawah kajian dengan purata pulangan negatif bulan-ke-bulan (MoM) sebanyak 0.6 peratus sejak lebih 10 tahun lepas dan pulangan positif 1.6 peratus sejak 42 tahun lepas.

Menurutnya, antara peristiwa penting yang perlu ditumpukan selain mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum pada 4 Januari adalah mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (20 Januari), mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (27 Januari) serta perkembangan membabitkan vaksin COVID-19.

“Selain itu, perkembangan laporan mengenai kes baharu COVID-19 dan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan disambung di Sabah dan Lembah Klang selepas 14 Januari ini, juga penting kerana sekatan pergerakan itu boleh menyebabkan perbelanjaan pengguna berkurangan.            “Pasaran akan turut memantau pembukaan semula sesi persekolahan di seluruh Malaysia pada 20 Januari serta perkembangan politik tanah air,” katanya.

 CGS-CIMB berkata para pelabur akan turut melihat keadaan berkaitan Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 apabila Malaysia dijadual menerima kumpulan pertama vaksin tersebut pada Februari depan.

— BERNAMA

Share460ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

2 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

2 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

2 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In