Ramai orang tidak ingin terlibat dalam pelaburan saham kerana kata mereka saham adalah untuk orang kaya sahaja. Nak beli saham perlu modal besar. Namun, tidak semua saham harganya mahal dan minimum pembelian hanyalah 1 lot atau 100 unit sahaja.
Oleh itu katakanlah harga saham tersebut RM1.00 seunit, maka untuk membeli 100 unit pelabur hanya perlukan modal RM100 tidak termasuk kos-kos yang lain.
Selain itu, salah satu pilihan yang ada adalah, belilah waran kepada saham induk. Waran adalah satu sijil atau hak untuk para pelabur untuk menukar waran kepada saham induk.
Walaubagaimanapun, dengan memegang waran sebenarnya tidak menjadikan anda sebagai pemilik syarikat berbanding jika anda memegang saham induk. Ianya hanyalah sekadar memberi pilihan untuk menukar kepada saham iniduk dan untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk terlibat dengan pelaburan.
Nak tahu lebih lanjut? Bacalah artikel di bawah.
Baca: Apa Itu Saham Waran?
Lepas dah tahu apa itu waran, mudah ke nak cari waran ni? Macam mana nak screen waran berdasarkan kriteria yang kita mahu?
Kami cadangkan anda boleh cuba KLSE Screener.
- Cari KLSE Screener menggunakan mana-mana enjin carian
- Klik pada ‘Check out Warrant Screener‘
- Warrant Screener akan tertera
- Masukkan nilai pada kriteria-kriteria tersebut
Contoh nilai yang dimasukkan adalah:
- minimum hari tarikh matang adalah 365 hari
- nilai Gearing diletakkan pada 2
- premium dan premium % diletakkan pada nilai 0
- tandakan kotak syariah untuk mencarai waran yang patuh syariah sahaja
Baca artikel di bawah untuk ketahui sebab nilai-nilai dimasukkan dalam screener seperti di bawah.
Baca: Ambil Tahu 5 Perkara Ini Dalam Sesebuah Waran
*Pelabur / pedagang bebas memasukkan nilai dalam screener tersebut. Anda tidak semestinya mengikuti nilai yang dimasukkan seperti di bawah.
- Senarai waran tertera
Sekiranya kita masukkan nilai-nilai seperti di atas ke dalam screener waran KLSE Screener, terdapat tujuh waran yang berjaya disaring. Screener ini memudahkan pelabur untuk mencari waran yang memenuhi kriteria masing-masing.
Apa tunggu lagi, anda cubalah sendiri pula.
Lepas dah tahu cara nak screen waran, anda mungkin dah tak sabar nak beli waran.
Beli Waran Di Trading Platform
Sekiranya anda mempunyai ilmu mengenai waran dan ingin membelinya, pembelian waran sama sahaja dengan pembelian saham induk di trading platform. Prosesnya adalah sama. Setelah waran tersebut matched, waran tersebut boleh dilihat di portfolio anda.
Buka akaun sekarang: Nak Buka Akaun CDS Online Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini
Dapatkan Panduan Lengkap Melabur Waran
Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?
Semuanya kami akan kongsikan dalam pakej Kombo: Webinar + Video + Ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.