KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini walaupun indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menunjukkan sedikit penyusutan.
Pada pukul 9.06 pagi, petunjuk pasaran itu merosot 5.95 mata kepada 1,513.48 dengan 12 kaunter berada dalam zon merah, 15 kaunter tidak diniagakan dan tiga kaunter mencatatkan sedikit keuntungan.
Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 240 berbalas 109 sementara 243 kaunter tidak berubah, 1,555 tidak diniagakan dan 40 lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 418.65 juta unit bernilai RM127.25 juta.
Seorang penganalisis berkata pengambilan kukuh pada awal sesi didorong oleh saham perindustrian di pasaran utama, waran penjagaan kesihatan dan teknologi di pasaran ACE.
Bagaimanapun, saham berwajaran tinggi nampaknya bergerak berlawanan dengan momentum pasaran yang mengambil petunjuk daripada perkembangan terkini politik tempatan serta ketidakpastian mengenai pakej rangsangan AS.
“Meskipun terdapatnya perbincangan positif antara Rumah Putih dan senat, para pelabur masing lagi merasa bimbang,” kata beliau.
Sementara itu, kaunter berwajaran tinggi menunjukkan penurunan pada sesi awal urus niaga dengan Maybank turun lapan sen kepada RM7.22, Top Glove jatuh tujuh sen kepada RM8.75, Public Bank susut 18 sen kepada RM15.82 dan Petronas Gas lebih rendah sebanyak 12 sen kepada RM16.82.
Dalam kalangan saham paling cergas, kaunter minyak dan gas muncul di tempat teratas dengan Borneo Oil dan Sapura Energy, masing-masing meningkat setengah sen kepada 4.5 sen dan 11 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 28.89 mata kepada 10,929.28 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 49.67 mata kepada 13,051.
Indeks FBM 70 pula kerugian 0.87 mata kepada 14,362.32, Indeks FBMT 100 lemah 31.63 mata kepada 10,751.17 mata tetapi FBM ACE melonjak 19.81 mata kepada 10,505.49.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 81.52 mata kepada 12,498.64, Indeks Perladangan menambah 6.81 mata kepada 7,038.13 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.18 mata pada 141.52.
– BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards