• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, December 4, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Kenaikan secara meluas terus meningkatkan Bursa Malaysia, disokong oleh sentimen yang lebih baik berikutan pengisytiharan darurat di seluruh negara membantu menolak situasi yang tidak pasti. 

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 16.86 mata atau 1.1 peratus kepada 1,628.90 daripada 1,612.04 semasa ditutup semalam.

Indeks dibuka tinggi 5.64 mata kepada 1,617.68 dan berada antara 1,617.68 dan 1,636.37.

Berkaitan

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Rabu

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 821 berbanding 342, manakala 340 kaunter tidak berubah, 596 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 4.23 bilion unit bernilai RM2.52 bilion.

Seorang penganalisis berkata pengisytiharan darurat, ketika isu pandemik COVID-19 dan politik tidak stabil, merupakan langkah yang tepat pada masanya untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat dan ekonomi.

“Langkah itu membantu meningkatkan sentimen pasaran. Selain itu, pelabur dilihat menolak kebimbangan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dan terus memberi tumpuan kepada saham berharga rendah,” katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di negara ini.

Sementara itu, pelaksanaan semula PKP di lima negeri dan Wilayah Persekutuan yang bermula hari ini akan berterusan hingga 26 Jan.

Di peringkat serantau, pasaran ekuiti positif susulan keyakinan mengenai rangsangan fiskal tambahan Amerika Syarikat.

Sehubungan itu, penganalisis berkata peserta pasaran terus memantau perkembangan politik di Washington.

Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi dilaporkan berkata dewan yang dikuasai parti Demokrat akan mengundi hari ini untuk memecat Presiden Donald Trump.

Kaunter perbankan mendahului dalam kalangan saham wajaran tinggi dengan Public Bank naik RM1.08 kepada RM21.16 dan Maybank menambah 18 sen kepada RM8.18.

TNB naik lapan sen kepada RM10.20, CIMB meningkat sembilan sen kepada RM4.01 dan RHB menambah 10 sen kepada RM5.43.

Daripada saham cergas, Metronic naik satu sen kepada 11 sen, PNE menambah sembilan sen kepada 71.5 sen dan Yong Tai meningkat satu sen kepada 30.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 138.23 mata kepada 11,690.29, Indeks FBMT 100 meningkat 130.71 mata kepada 11,430.95 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 57.97 mata kepada 13,217.80.

FBM 70 naik 216.84 mata kepada 14,726.43 dan FBM ACE meningkat 115.99 mata kepada 10,619.48.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 371.15 mata kepada 14,917.66, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 1.80 mata kepada 174.76 dan Indeks Perladangan susut 12.15 mata kepada 7,450,29.

— BERNAMA 

Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

13 mins ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Rabu

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Diniagakan Tinggi, Didorong Kegiatan Memburu Saham Murah Pagi Ini

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In