• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, September 28, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Tidak Stabil Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia masih lagi tidak stabil di celah-celah trend menurun di pasaran serantau lain dengan sentimen pasaran yang negatif berikutan berita menyatakan Rusia dan Iran berhasrat menghalang pilihan raya AS yang akan diadakan bulan depan.

Di pasaran serantau, Hang Seng Hong Kong turun 0.22 peratus kepada 24,699.11, Nikkei Jepun jatuh 0.78 peratus kepada 23,455,22 dan Straits Times Singapura 0.21 peratus lebih rendah kepada 2,520,19.

Di AS, Dow Jones susut 0.35 peratus kepada 28.210.82, S&P turun 0.22 peratus kepada 3.435.56 dan Nasdaq 0.28 peratus lebih rendah pada 11.484.69 ketika ditutup pada Rabu.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata atau 0.01 peratus kepada 1,492.60 daripada 1,492.40 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 0.55 mata lebih tinggi kepada 1,492.95 dan bergerak antara 1,490.53 dan 1,500.05 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Di papan skor, kaunter rugi mengatasi untung dengan 515 berbalas 437, manakala 435 kaunter tidak berubah, 779 tidak diniagakan dan 21 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.77 bilion unit bernilai RM2.10 bilion.

Seorang penganalisis berkata pasaran saham AS mengakhiri urus niaga lebih rendah dan tidak menentu dengan tanda-tanda bahawa pakej rangsangan AS tidak mungkin menjadi undang-undang sebelum pilihan raya presiden.

“Para pelabur tidak sabar-sabar menantikan Speaker Dewan Nancy Pelosi dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin untuk meneruskan perbincangan mengenai dasar fiskal hari ini,” kata beliau.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd dalam notanya berkata, dengan kembalinya situasi tidak menentu ini, saham berkaitan emas menjadi fokus selepas harga emas kekal melepasi paras AS$1,900/aun.

“Di dalam negara, spekulasi yang mengatakan pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan menjelang akhir 2020 telah mencetuskan beberapa minat dagangan dalam kalangan syarikat tersenarai berasaskan Sarawak,” katanya.

Dari segi tinjauan teknikal pula, firma pembrokeran itu berkata FBM KLCI akan terus jatuh disebabkan tekanan jualan dan kekal di bawah paras tahap 9 purata pergerakan eksponen harian (EMA).

Dalam pada itu, paras sokongan segera ialah pada 1,480, diikuti dengan 1,475 sementara halangan ialah pada 1,520, diikuti dengan 1,530. 

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun enam sen kepada RM7.09, Public Bank jatuh 16 sen kepada RM15.60 sementara Top Glove naik satu sen kepada RM8.89 dan Hartalega 46 sen lebih tinggi pada RM18.30.

Saham paling cergas pula, Lambo naik setengah sen kepada 3.5 sen, Key Alliance turun 1.5 sen kepada lima sen dan Diversified Gateway lebih rendah tiga sen pada 20 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 14.43 mata kepada 10,851.77, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 47.05 mata kepada 13,022.29, dan Indeks FBMT 100 mengukuh 14.31 mata kepada 10,644.31.

FBM 70 meningkat 69.32 mata kepada 14,380.98 dan FBM ACE meningkat 117.81 mata kepada 10,912.36.

Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 74.43 mata kepada 12,328.44, Indeks Perladangan susut 35.14 mata kepada 6,825.17 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian  naik 0.20 mata kepada 145.36.

– BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In