fbpx
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
Friday, March 5, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Terus Susut Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

by TheKapital
18/01/2021
in Market Update
2 min read
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

Protected: Rakaman Webinar Senang Saham 2.0

Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Februari 2021

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi urus niaga pagi ini pada paras rendah seharian berikutan kegiatan penjualan yang membabitkan kaunter berwajaran tinggi serta mengambil petunjuk daripada pasaran serantau yang lesu dan bercampur-campur.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 17.32 mata kepada 1,609.69 selepas merosot 1.66 mata kepada 1,625.35 ketika dibuka, berbanding 1,627.01 pada penutupan Jumaat minggu lepas.

Indeks bergerak antara 1,609.69 dan 1,625.35 sepanjang sesi urus niaga.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 738 berbalas 363 sementara 379 kaunter tidak berubah, 616 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 4.14 bilion unit bernilai RM2.21 bilion.

Di pasaran serantau, Nikkei Jepun turun 0.83 peratus kepada 22,282.74, Indeks Straits Times Singapura menyusut 0.73 peratus kepada 2,982.95 sementara Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.62 peratus kepada 28,750.59. 

Sementara itu, dalam kalangan saham berwajaran tinggi, 25 kaunter berada dalam kerugian dengan didahului oleh Maybank yang jatuh 11 sen kepada RM8.14, diikuti oleh CIMB menyusut 12 sen kepada RM3.98, PetChem turun 18 sen kepada RM7.33, Public Bank lebih rendah 20 sen kepada RM21.00 dan KLK  jatuh 28 sen pada RM23.88.

Sebaliknya, Press Metal naik satu sen kepada RM8.74 dan Axiata lima sen lebih tinggi pada RM3.70.

Kaunter paling cergas pula, Lambo Group, PRG Holdings, Pegasus Heights dan Key Alliance masing-masing tidak berubah pada tiga sen, 28.5 sen, 2.5 sen dan lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 88.97 mata kepada 11,617.36, Indeks FBMT 100 susut 91.7 mata kepada 11,348.83, dan Indeks FBM Emas Syariah turun 58.41 mata kepada 13,146.28.

FBM 70 merosot 1.31 mata kepada 14,827.1 sementara FBM ACE meningkat 5.06 mata kepada 10,801.17.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan lemah 203.78 mata kepada 14,827.6 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 1.02 mata kepada 177.78 dan Indeks Perladangan turun 59.7 mata kepada 7,305.66.

— BERNAMA


Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh? Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout, klik: thekapital.my/EbookBOB

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Kerana Aktiviti Pengambilan Untung
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

05/03/2021
Market Update

Protected: Rakaman Webinar Senang Saham 2.0

05/03/2021
Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Februari 2021
Market Update

Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Februari 2021

04/03/2021
Market Update

Indek Utama Bursa Malaysia Susut 0.45 Peratus Ketika Ditutup, Terjejas Oleh Kegiatan Penjualan

04/03/2021
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah, IK Susut 0.52 Peratus

04/03/2021
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?