• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Susut Ketika Ditutup, Harapan Untuk Pemulihan Ekonomi Suram

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia yang mencatatkan peningkatan pada sesi pagi, ditutup rendah petang ini dengan gelombang terkini pandemik COVID-19 terus menyuramkan harapan untuk pemulihan ekonomi global.

Pada penutup, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.15 mata kepada 1,495.20 selepas dibuka 5.2 mata lebih tinggi pada 1,505.48.

Kaunter rugi mengatasi untung dengan 737 berbalas 291 manakala 440 kaunter tidak berubah, 682 tidak diniagakan dan 79 yang lain digantung.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Jumlah dagangan merosot kepada 4.66 bilion saham bernilai RM3.43 bilion berbanding 4.71 bilion saham bernilai RM4.10 bilion semalam.

Saham Pasaran ACE meneruskan trend menurun dengan indek pasaran menyusut 2.14 peratus sementara dari segi sektor pula, penjagaan kesihatan dan utiliti mencatatkan kemerosotan terbesar, masing-masing jatuh 1.44 peratus dan 1.35 peratus.

Seorang penganalisis berkata momentum lembap ini disebabkan harapan yang kian suram bahawa pemulihan ekonomi akan berjalan lancar dalam tempoh suku ini kerana lebih banyak negara dijangka akan mengetatkan lagi langkah-langkah kawalan pergerakan.

“Dengan Perancis telah bersedia mengumumkan sekatan pergerakan baharu COVID-19 manakala Jerman pula bertindak menutup restoran selama sebulan bagi mengekang peningkatan kes COVID-19, ia menyaksikan Eropah berhadapan dengan tekanan baharu.

“Malaysia tidak terkecuali daripada gelombang ketiga COVID-19 kerana Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Sabah telahpun diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat dan diperketatkan,” kata beliau.

Penganalisis itu berkata sementara pihak berkuasa kesihatan yakin jumlah kes dapat dibendung dalam masa sebulan, tinjauan untuk tahun ini terus berada dalam momentum menurun.

Ini telah menyebabkan permintaan yang lesu untuk ekuiti daripada pelabur asing dan runcit kerana ketidakpastian terus menyelubungi dan beralih kepada aset yang lebih selamat,” kata beliau.

Selain itu, Belanjawan 2021 yang akan dibentang pada 6 Nov serta pilihan raya presiden AS pada 3 Nov terus mempengaruhi trend pasaran.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Hartalega turun 26 sen kepada RM18.028, IHH susut lima sen kepada RM5.10, dan MISC merosot empat sen kepada RM6.75.

Bagi saham paling rugi, kaunter pengguna mendahului dengan dengan Nestle turun RM1.10 kepada RM140.60 dan Dutch Lady berkurangan 68 sen kepada RM34.72.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 47.44 mata kepada 10,820.63, Indeks FBMT 100 turun 44.23 mata pada 10,631.88 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 57.14 mata kepada 12,978.35.

Sementara itu, FBM 70 menyusut  88.90 mata kepada 14,244.10 dan FBM ACE lemah 214.79 mata kepada 9,820.54.

Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 52.11 mata kepada 12,260.81, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih rendah sebanyak 0.90 mata pada 143.84, dan Indeks Perladangan turun 19.01 mata kepada 6,922.56.

Pasaran akan ditutup esok sempena sambutan Maulidul Rasul dan akan beroperasi semula pada hari Jumaat.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.47 bilion bernilai RM2.75 bilion daripada 2.29 bilion saham bernilai RM3.20 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran mengukuh kepada 746.48 juta saham bernilai RM188.71 juta daripada 659.15 juta Selasa bernilai RM191.70 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 1.44 bilion saham bernilai RM496.64 juta daripada 1.75 bilion saham bernilai RM703.70 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 426.07 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (752.71 juta), pembinaan (195.32 juta), teknologi (298.0 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (35.05 juta), harta tanah ( 258.43 juta), perladangan (48.08 juta), REIT (7.51 juta), dana tertutup (1,000), tenaga (127.23 juta), penjagaan kesihatan (99.83 juta), telekomunikasi dan media (76.03 juta), pengangkutan dan logistik (92.83 juta) dan utiliti (57.57 juta).

– BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In