• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi dan saham permodalan kecil, berikutan pelabur bimbang mengenai kemungkinan sekatan pergerakan berdasarkan kes COVID-19 tempatan harian yang melonjak.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.19 mata kepada 1,600.76 selepas turun naik dalam jajaran kecil antara 1,596.88 dan 1,606.96 sepanjang sesi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 705 berbanding 359, manakala 388 kaunter tidak berubah, 632 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Jumlah dagangan sebanyak 3.86 bilion unit bernilai RM2.44 bilion.

Peniaga berkata walaupun prestasi Wall Street semalaman meningkat menyebabkan kebanyakan saham Asia dalam trajektori meningkat, bursa tempatan berada pada arah yang bertentangan berikutan jangkaan sekatan pergerakan yang boleh mengekang pemulihan dan pertumbuhan. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank berkurangan 12 sen kepada RM8.16, Tenaga susut 18 sen kepada RM10.34, IHH Healthcare merosot enam sen kepada RM5.64, manakala Public Bank tidak berubah pada RM20.40.

Bagaimanapun, Petronas Chemicals meningkat 32 sen kepada RM7.37 dan Top Glove naik 23 sen kepada RM6.03.

Daripada saham cergas, AT Systematization naik setengah sen kepada 18.5 sen, GPA menambah satu sen kepada 11.5 sen, PNE meningkat 14.5 sen kepada 69.5 sen, Key Alliance tidak berubah pada lima sen, manakala Vortex berkurangan satu sen hingga lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 31.93 mata kepada 12,919.23, Indeks FBMT 100 berkurangan 30.02 mata kepada 11,231.22 dan FBM 70 merosot 95.98 mata kepada 14,460.44.

Bagaimanapun, Indeks FBM Emas Shariah naik 3.91 mata kepada 12,931.79 dan FBM ACE meningkat 59.93 mata kepada 10,600.9.

Sementara itu, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 99.04 mata kepada 14,868.95, Indeks Perladangan berkurangan 15.84 mata kepada 7,404.2 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 1.95 mata kepada 173.76.

— BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In