• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Pulih Dengan Aktiviti Belian Saham Pada Harga Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan hari ini dengan sedikit kukuh selepas jualan besar-besaran semalam yang menarik aktiviti belian saham pada harga rendah.

Minat pelabur ditingkatkan oleh pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion semalam.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.66 mata kepada 1,613.18 dengan kenaikan dilihat hampir secara menyeluruh.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Indeks dibuka tinggi 1.54 mata kepada 1,611.06 daripada 1,609.52 semasa ditutup semalam.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 247 berbanding 182, manakala 287 kaunter tidak berubah, 1,380 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 436.26 juta unit bernilai RM162.14 juta.

Dalam nota hari ini, Public Bank Investment Research berkata bursa tempatan turut ditingkatkan oleh hakikat bahawa pasaran ekuiti Eropah tinggi pada Isnin, berikutan data ekonomi China yang kukuh bersaing dengan kebimbangan mengenai kemelesetan berganda di United Kingdom dan zon Eropah. 

“Pasaran China ditingkatkan oleh berita bahawa ekonomi kedua terbesar dunia itu berkembang 6.5 peratus pada suku keempat 2020 — kadar yang lebih cepat daripada sebelum pandemik, dan melebihi jangkaan,” menurut firma penyelidikan itu.

Sementara itu, Malacca Securities dalam nota berkata pengumuman Perdana Menteri mengenai pakej PERMAI bernilai RM15 bilion dijangka meningkatkan pasaran, walaupun sentimen pelabur mungkin terus berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 10 sen kepada RM8.18, Public Bank menambah 12 sen kepada RM21.10, manakala PetChem tidak berubah pada RM7.28.

Tenaga merosot dua sen kepada RM10.06 dan Top Glove berkurangan tiga sen kepada RM6.31.

Daripada saham cergas, Vsolar tidak berubah kepada empat sen, manakala ARB, KTG dan Kanger, masing-masing meningkat satu sen kepada 28.5 sen, 28 sen dan 15.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 25.52 mata kepada 11,654.48, Indeks FBMT 100 meningkat 23.25 mata kepada 11,379.06, dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 15.05 mata kepada 13,186.85.

FBM 70 meningkat 20.4 mata kepada 14,888.46 dan FBM ACE naik 55.52 mata kepada 10,943.89.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 79.39 mata kepada 14,881.62, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.31 mata kepada 178.55 dan Indeks Perladangan meningkat 51.27 mata kepada 7,350.58.

— BERNAMA 

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In