KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd telah berjaya mengendalikan acara penyenaraian maya pertamanya dengan penyenaraian Samaiden Group Bhd (Samaiden) di Pasaran ACE pagi ini.
Perkhidmatan penyenaraian maya ini merupakan tawaran baharu oleh bursa berikutan penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata Samaiden — antara syarikat perunding terkemuka bagi penyedia perkhidmatan tenaga diperbaharui dan persekitaran di Malaysia — merupakan syarikat pertama yang menggunakan perkhidmatan penyenaraian maya yang ditawarkan oleh bursa.
Acara penyenaraian maya itu diadakan secara langsung di Bursa Marketplace Facebook Page (https://www.facebook.com/BursaMarketplace).
Siaran ulangan acara penyenaraian maya itu boleh ditonton di www.bursamalaysia.com dan laman Bursa Marketplace Facebook.
“Kami akan terus memanfaatkan teknologi untuk menyesuaikan tradisi kami dengan persekitaran yang terus berubah dan pada masa sama, mengutamakan kesihatan dan keselamatan pihak berkepentingan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift.
Sementara itu, bursa itu dijangka menyaksikan empat lagi penyenaraian bulan ini iaitu Southern Cable Group Bhd (16 Okt); Aneka Jaringan Holdings Bhd (20 Okt); Mr DIY Group (M) Bhd (26 Okt) dan Econframe Bhd (27 Okt).
— BERNAMA
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->