KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia berada dalam zon merah berikutan dagangan tidak menentu sepanjang sesi pagi, terjejas oleh kebimbangan dalam kalangan pelabur mengenai tinjauan ekonomi serta Belanjawan 2021.
Pada rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.70 mata kepada 1,486.94 daripada 1,494.64 ketika ditutup pada Jumaat.
Di papan skor, kaunter rugi mengatasi untung dengan 705 berbalas 242 manakala 403 kaunter tidak berubah, 820 tidak diniagakan dan 43 yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 3.48 bilion unit bernilai RM2.52 bilion.
Pasaran ACE dan indeks penjagaan kesihatan antara yang mencatat penurunan besar sepanjang sesi itu, masing-masing merosot 3.33 peratus dan 1.60 peratus.
Kemerosotan di pasaran ACE disebabkan oleh penurunan kaunter teknologi, sementara indeks kesihatan terjejas oleh penurunan kaunter sarung tangan, Top Glove, Hartalega dan Supermax.
Top Glove turun 22 sen kepada RM8.48 dan Hartalega susut 32 sen kepada RM17.00 kerana kegiatan pengambilan untung, sementara Supermax merosot 43 sen kepada RM8.84.
Ketiga-tiga kaunter mendahului senarai saham paling rugi, diikuti oleh Petronas Dagangan yang turun 28 sen kepada RM17.26.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 62.99 mata kepada 10,764.24, Indeks FBMT 100 merosot 61.95 mata kepada 10,569.68 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 86.56 mata kepada 12,867.55.
FBM 70 lebih rendah 110.96 mata kepada 14,147.38 dan FBM ACE merosot 353.43 mata kepada 10,253.33.
Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 61.69 mata kepada 12,297.47, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 0.13 mata kepada 144.23, sementara Indeks Perladangan menambah 45.13 mata kepada 6,900.13.
– BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards