• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Merosot Pada Khamis

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia merosot pada Khamis, mengakhiri kenaikan selama tiga hari, berikutan tekanan jualan menjejaskan pasaran secara keseluruhannya, sejajar dengan bursa serantau.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 18.21 mata atau 1.2 peratus kepada 1,513.07 dengan penurunan dilihat dalam hampir semua sektor kecuali tenaga dan pengguna.

Penurunan dalam Top Glove, Maybank, Public Bank, PChem, MISC, Maxis dan CIMB menyumbang kepada prestasi indeks petunjuk pasaran yang rendah.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

FBM KLCI dibuka tinggi 9.86 mata daripada 1,531.28 semasa ditutup pada Selasa dan berada antara 1,508.01 dan 1,541.14.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 768 berbanding 376, manakala 363 kaunter tidak berubah, 536 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan, bagaimanapun, merosot kepada 7.53 bilion saham bernilai RM6.2 bilion daripada 8.85 bilion saham bernilai RM5.44 bilion pada Selasa.

Prestasi Bursa Malaysia terjejas oleh kaunter sarung tangan dan perbankan, dengan indeks penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kewangan, masing-masing susut lebih tiga peratus dan satu peratus.

Ahli Ekonomi Bank Muamalat Izuan Ahmad berkata aktiviti pengambilan untung kemungkinan berlaku selepas Top Glove mengumumkan keputusan kewangan yang lebih baik daripada jangkaan.

Keuntungan bersih pengeluar sarung tangan itu bagi suku keempat dan tahun penuh 2020 melonjak kepada paras tertinggi, masing-masing sebanyak RM1.29 bilion dan RM1.87 bilion berikutan permintaan terhadap sarung tangan getah yang meningkat di peringkat global susulan pandemik COVID-19.

Perolehan bagi tahun kewangan 2020 naik kepada RM7.24 bilion daripada RM4.8 bilion sebelum ini.

Top Glove, kaunter ketiga paling aktif hari ini, mengumumkan dividen akhir sebanyak 8.5 sen dengan pembayaran sebanyak RM691.8 juta, menjadikan jumlah pembayaran dividen bagi tahun kewangan 2020 kepada RM961.2 juta.

Sementara itu, Izuan berkata kaunter perbankan melonjak baru-baru ini selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 1.75 peratus.

“Aktiviti pengambilan untung juga boleh didorong oleh reaksi pelabur terhadap prestasi bercampur-campur sektor perbankan tempatan pada suku kedua tahun ini.

“Bank-bank tempatan utama seperti Maybank, Public Bank dan CIMB, masing-masing mencatatkan keuntungan bersih yang rendah sebanyak 51.5 peratus, 24.8 peratus dan 82.0 peratus,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat luaran, pelabur memberi reaksi negatif selepas Rizab Persekutuan AS (Fed AS) menunjukkan kadar semalaman boleh kekal hampir kepada sifar selama bertahun-tahun untuk mencapai sasaran inflasi 2.0 peratus.        

Fed AS telah menyemak semula anggaran untuk pertumbuhan ekonomi pada 2021 dan 2022, masing-masing kepada 4.0 peratus dan 3.0 peratus, tetapi mengumumkan tiada pelan rangsangan tambahan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Top Glove susut 7.6 peratus atau 64 sen kepada RM7.79, manakala Hartalega tidak berubah pada RM14.10.

Maybank merosot 13 sen kepada RM7.37, Public Bank berkurangan 20 sen kepada RM16.50, PChem susut sembilan sen kepada RM5.60 dan MISC turun 15 sen kepada RM7.58.

Maxis merosot lapan sen kepada RM5.05, manakala CIMB dan Axiata, masing-masing susut lima sen kepada RM3.18 dan RM3.05.

Sementara itu, Ekovest tidak berubah sebanyak 58 sen, GPA susut dua sen kepada 19.5 sen dan Technodex naik dua sen kepada 18 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 120.51 mata kepada 10,858.69 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 155.86 mata kepada 12,789.53.

FBM 70 berkurangan 93.57 mata kepada 13,989.32, Indeks FBMT 100 susut 114.22 mata kepada 10,677.62, dan FBM ACE merosot 232.07 mata kepada 11,146.42.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 91.55 mata kepada 12,734.85, Indeks Perladangan merosot 16.54 mata kepada 7,097.70, manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 1.66 mata kepada 135.91.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 4.49 bilion saham bernilai RM4.83 bilion daripada 5.28 bilion saham bernilai RM4.05 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran, bagaimanapun, naik kepada 971.81 juta unit bernilai RM299.81 juta daripada 742.74 juta unit bernilai RM203.58 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 2.06 bilion saham bernilai RM1.08 bilion daripada 2.83 bilion saham bernilai RM1.23 bilion sebelum ini.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 883.57 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.25 bilion), pembinaan (759.02 juta), teknologi (208.13 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (44.23 juta), hartanah (439.03 juta), perladangan (76.19 juta), REIT (6.4 juta), dana tertutup (18,500), tenaga (366.19 juta), penjagaan kesihatan (319.86 juta), telekomunikasi dan media (36.25 juta), pengangkutan dan logistik (88.29 juta), dan utiliti (22.29 juta).

— BERNAMA  

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In