• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) — Kaunter teknologi dan perbankan terus memacu Bursa Malaysia untuk meningkat pada awal dagangan hari ini dengan indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI dibuka tinggi 1.31 mata kepada 1,638.0.

Pada 9.10 pagi, indeks itu meningkat 1.64 mata kepada 1,638.33 daripada 1,636.69 sewaktu ditutup semalam.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 301 kepada 243, manakala 278 kaunter tidak berubah, 1,277 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Jumlah dagangan berjumlah 422,02 juta unit bernilai RM275.43 bilion.

Dalam nota hari ini, Rakuten Trade yakin pembelian saham-saham bank yang kukuh semalam menunjukkan bahawa dana asing mungkin kembali kepada bursa tempatan dengan aliran masuk pada sekitar RM750 juta sejak 7 Jan.

Secara keseluruhan, FBM KLCI mungkin diniagakan pada paras 1,630-1,640 sepanjang hari ini, katanya.

Sementara itu, Malacca Securities dalam satu nota hari ini berkata pelabur menolak kebimbangan ketika hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 memandangkan sektor ekonomi utama terus dibuka.

“Indeks utama mungkin sedikit terjejas susulan kenaikan semalam, namun kami menjangkakan penurunan itu adalah terhad,” katanya dan menurutnya saham berharga rendah menyaksikan beberapa peningkatan berikutan indeks mencatatkan kemajuan ketara semalam berikutan pengukuhan baru-baru ini.

Selain itu, peniaga juga dijangka memfokuskan kepada saham dengan perolehan yang pasti menjelang musim pelaporan pada Februari, katanya.

“Sektor yang mungkin menjadi perhatian termasuk perabot, teknologi dan sarung tangan. Sementara itu, kami yakin kaunter perkhidmatan kewangan mungkin didagangkan lebih tinggi berikutan peningkatan momentum semasa jam terakhir dagangan semalam,” katanya.

Kaunter perbankan terus menguasai senarai saham berwajaran tinggi dengan Public Bank naik 42 sen kepada RM21.82, manakala Maybank dan CIMB menokok tiga sen, masing-masing kepada RM8.45 dan RM4.10.

Bagaimanapun, kaunter indeks berkaitan penjagaan kesihatan terus mengekalkan penurunan dengan Hartalega susut 38 sen kepada RM12.62, manakala Top Glove rendah 15 sen kepada RM6.48, Supermax susut 19 sen kepada RM6.92 dan IHH jatuh tiga sen kepada RM5.42.

Dalam kalangan saham aktif, Iris menokok dua sen kepada 40.5 sen, AE Multiholdings tinggi satu sen kepada 13.5 sen dan Kanger International menambah setengah sen kepada 15.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 11.73 mata kepada 11,760.49, Indeks FBMT 100 menokok 12.18 mata kepada 11,50243 dan Indeks FBM Emas Shariah susut  29.79 mata kepada 13,225.19.

FBM 70 menokok 18.26 mata kepada 14,839.34 dan FBM ACE meningkat 22.68 mata kepada 10,714.71.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 123.89 mata kepada 15,189.63, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.78 mata kepada 176.32 dan Indeks Perladangan naik 7.84 mata kepada 7,490,96.

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In