• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Kepada 1,531.28, Dipacu Oleh Kaunter Perbankan, Hartalega

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 15 Sept  (Bernama) — Kerancakan urus niaga yang membabitkan kaunter Hartalega dan bank terutamanya Maybank, Public Bank dan CIMB, telah membantu menolak naik dagangan di Bursa Malaysia untuk mengakhiri sesi hari ini menghampiri paras tertinggi seharian.

Pada penutup, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 19.92 mata kepada 1,531.28 berbanding 1,511.36 ketika ditutup petang semalam.

Indeks utama mencapai paras tertinggi seharian pada 1,532.04 dan terendah 1,503.19.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Pergerakan harga keseluruhan pasaran positif dengan saham untung mengatasi rugi 648 berbalas 480 manakala 374 kaunter tidak berubah, 547 tidak diniagakan dan 19 lain digantung.

Jumlah dagangan bagaimanapun, menyusut kepada 8.85 bilion saham bernilai RM5.45 bilion berbanding 9.57 bilion saham bernilai RM6.46 bilion semalam.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata FBM KLCI menokok 1.3 peratus hari ini dengan saham perbankan mendahului trend menaik.

Beliau menambah antara 30 komponen Indeks FBM KLCI, Maybank, Public Bank dan CIMB menjadi “kesayangan” pelabur dengan masing-masing mengukuh lebih daripada tiga peratus hari ini menjelang cuti umum keesokkan harinya.

Bursa Malaysia akan ditutup esok (Rabu) sempena cuti umum sambutan Hari Malaysia dan akan disambung semula pada Khamis.

“Mungkin pelabur akan beralih kepada sektor yang lebih stabil seperti bank-bank dalam jangka panjang kerana moratorium pinjaman penuh akan hanya diberikan kepada kategori bersasar mulai 1 Okt.

“Oleh itu, tidaklah mengejutkan yang indeks kewangan meningkat lebih daripada dua peratus, saham paling untung antara sektor,” kata beliau kepada Bernama.

Saham berwajaran tinggi, Maybank naik 22 sen kepada RM7.50, Public Bank mengukuh 66 sen kepada RM16.70 dan CIMB menokok lapan sen kepada RM3.23.

Hartalega pula memperoleh RM1.10 kepada RM14.10, didorong oleh keyakinan terhadap vaksin COVID-19.

Pengerusi Hartalega Kuan Kam Hon berkata permintaan untuk sarung tangan akan melebihi kapasiti pengeluaran dalam tempoh tiga tahun ini.

Sementara itu, lima saham berwajaran tinggi berada dalam zon – Top Glove turun 15 sen kepada RM8.43, TNB jatuh 18 sen kepada RM11, Petronas Gas susut 14 sen kepada RM16.54, Press Metal turun empat sen kepada RM5.18, dan Genting turun dua sen kepada RM3.40.

Indeks penjagaan kesihatan kekal dalam zon positif kerana kaunter farmaseutikal mencatatkan kenaikan berikutan keyakinan terhadap vaksin COVID-19.

Antara saham paling untung ialah Pharmaniaga yang meningkat 21 sen kepada RM4.70 dan Duopharma, mengukuh 17 sen kepada RM3.27.

Supermax kekal dalam kerugian, merosot 63 sen kepada RM8.37, Rubberex pula turun 29 sen kepada RM5.34 dan Comfort Gloves jatuh 31 sen kepada RM4.06.

Dalam kalangan saham aktif, Parkson susut satu sen kepada 18 sen, Hiap Teck meningkat satu sen kepada 23.5 sen dan Macpie lebih rendah enam sen kepada 45 sen.

Macpie melaporkan kepada Bursa Malaysia bahawa syarikat berkenaan telah menerima pemberitahuan daripada pemegang saham utama, Ng Chee Heng dan SEG Capital Intelligence Sdn Bhd, berhubung pelupusan saham mereka sebanyak 24.54 peratus daripada modal saham yang diterbitkan syarikat itu melalui pasaran terbuka.

Bursa Malaysia hari ini mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Parlo dan Malton mengenai kenaikan mendadak dalam harga saham dan jumlah dagangan mereka baru-baru ini.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuhkan 106.72 mata kepada 10,979.20 dan Indeks FBM Emas Shariah mengembang 66.56 mata kepada 12,945.39.

FBM 70 menambah 27.80 mata kepada 14,082.89, Indeks FBMT 100 meningkat 110.65 mata pada 10,791.84 dan FBM ACE melonjak 319.13 mata kepada 11,378.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 264.59 mata kepada 12,826.40, Indeks Perladangan naik 79.18 mata kepada 7,114.24 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 0.93 mata kepada 137.57.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menyusut kepada 5.28 bilion saham bernilai RM4.05 bilion daripada 5.53 bilion saham bernilai RM4.79 bilion pada hari Isnin.

Perolehan waran merosot kepada 742.74 juta unit bernilai RM203.58 juta daripada 1.06 bilion unit bernilai RM334.46 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 2.83 bilion saham bernilai RM1.23 bilion daripada 2.98 bilion saham bernilai RM1.34 bilion sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 1.02 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.85 bilion), pembinaan (713.42 juta), teknologi (325.23 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (44.13 juta), harta tanah ( 275.42 juta), perladangan (93.43 juta), REIT (15,000), dana tertutup (13,100), tenaga (408.38 juta), penjagaan kesihatan (210.78 juta), telekomunikasi dan media (60.08 juta), pengangkutan dan logistik (238.90 juta), dan utiliti (23.88 juta).

– BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In