• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Pada Sesi Tengah Hari Disokong Kaunter Pembuat Sarung Tangan

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Permintaan berterusan di kaunter pembuat sarung tangan seperti Hartalega dan Top Gloves, diikuti dengan ketegangan antara AS-China yang semakin reda, membantu indek utama di Bursa Malaysia ditutup kukuh ketika mengakhiri sesi pagi ini.

Walaupun prestasi bursa serantau yang lain lebih bercampur-campur, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 10.66 mata kepada 1,571.4 daripada 1,560.74 ketika ditutup semalam.

Indeks utama yang dibuka lemah 1.1 mata kepada 1,559.64, bergerak antara 1,557.25 dan 1,576.87  sepanjang sesi pagi.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Hartalega dan Top Gloves melantun kukuh selepas kegiatan penjualan besar-besaran, masing-masing meningkat RM1.44 kepada RM17.00 dan RM1.76 kepada RM24.18.

Keuntungan di kedua-dua kaunter berkenaan telah menyumbang 19.309 mata kepada kenaikan indeks komposit.

Seorang peniaga berkata aktiviti membeli semasa harga murah muncul untuk saham pengeluar sarung tangan selepas Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah dilaporkan sebagai berkata kerajaan belum memutuskan sama ada akan mengenakan cukan “windfall” ke atas industri yang telah menunjukkan prestasi memberangsangkan sepanjang berlakunya pandemik ini.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran di Bursa Malaysia positif dengan saham untung mengatasi saham rugi 530 berbalas 411 manakala 397 kaunter tidak berubah, 673 tidak diniagakan dan 23 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 5.31 bilion saham bernilai RM3.0 bilion.

Saham berwajaran tinggi, Tenaga meningkat enam sen kepada RM11.18 tetapi Maybank dan Public Bank lega enam sen, masing-masing kepada RM7.75 dan RM17.74, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare rugi tujuh sen, masing-masing kepada RM6.20 dan RM5.30.

Dalam kalangan saham paling cergas, Borneo Oil dan DGB susut setengah sen, masing-masing kepada 6.5 sen dan 5.5 sen, XOX turun 1.5 sen kepada 18.5 sen, Niche Capital menokok 4.5 sen kepada 33 sen manakala Sanichi kekal pada 7.5 sen.

Optimax yang hari ini disenaraikan di pasaran Ace, menambah 41 sen kepada 71 sen selepas 97.21 juta saham bertukar tangan.

Syarikat perkhidmatan pakar mata itu merancang menggunakan 49.31 peratus daripada RM21 juta yang dikumpul menerusi tawaran awam permulaan untuk perbelanjaan modal, 16.76 peratus untuk pembayaran semula pinjaman, 16.79 peratus untuk modal kerja dan 17.14 peratus untuk perbelanjaan penyenaraian.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 97.8 mata kepada 11,205.55, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 207.96 mata kepada 13,049.54 dan Indeks FBMT 100 meningkat 94.26 mata kepada  11,031.28.

Indeks FBM 70 mengukuh 198.29 mata kepada 14,225.3 dan FBM ACE melambung 315.41 mata kepada 9,859.17.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 79.25 mata kepada 13,257.47, Indeks Perladangan lega 9.19 mata kepada 7,036.88 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.13 mata kepada 140.98.

— BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In