• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, December 4, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Momentum Pembelian Aktif

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh momentum pembelian aktif selepas Malaysia dikekalkan dalam senarai pemantauan Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI) FTSE Russell.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.34 mata atau 0.56 peratus untuk ditutup pada 1,509.14 daripada 1,500.8 pada Khamis.

Indeks tersebut dibuka 7.15 mata lebih tinggi kepada 1,507.95 sebelum bergerak di antara 1,505.05 dengan 1,516.0 sepanjang dagangan hari ini.

Berkaitan

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Rabu

Bursa Malaysia Diniagakan Tinggi, Didorong Kegiatan Memburu Saham Murah Pagi Ini

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 572 berbanding 446 manakala 410 kaunter tidak berubah, 653 kaunter tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 5.17 bilion saham bernilai RM3.96 bilion daripada 5.90 bilion saham bernilai RM4.56 bilion semalam.

Awal hari ini, FTSE Russell mengumumkan Malaysia kekal dalam WGBI namun masih dipantau untuk penurunan taraf berpotensi bagi Tahap Kebolehcapaian Pasaran.

Malaysia kini berada di Tahap 2, yang merupakan keperluan minimum untuk penyertaan dalam WGBI. Negara dimasukkan dalam senarai pemantauan bagi penurunan taraf pada Mac 2019.

Sementara itu, pada penutupan pasaran, saham berwajaran tinggi Top Glove meningkat 25 sen kepada RM8.80, TNB naik enam sen kepada RM10.88, Hartalega melonjak RM1.10 kepada RM17, Maybank turun satu sen kepada RM7.08, Public Bank  susut lapan sen kepada RM15.44 dan IHH Healthcare kurang dua sen kepada RM5.23.

Bagi kaunter aktif, Advance Synergy dan Pegasus Heights masing-masing naik setengah sen kepada 17.5 sen dan tiga sen, Careplus menambah tiga sen kepada RM3.18, Pasukhas tidak berubah pada 7.5 sen, Kanger International turun 1.5 sen kepada 22 sen manakala Malayan United dan MTouche susut setengah sen kepada 11.5 sen dan enam sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 71.31 mata kepada 10,840.81 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 132.4 mata kepada 12,962.42.

FBM 70 menokok 132.27 mata kepada 14,050.29, Indeks FBMT100 naik 69.42 mata kepada 10,668.51 dan FBM ACE merosot 206.52 mata kepada 10,027.22.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 7.82 mata kepada 12,327.62, Indeks Perladangan turun 16.63 mata kepada 7,055.12 serta Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 2.59 mata kepada 134.79.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 2.63 bilion saham bernilai RM2.86 bilion daripada 2.88 bilion saham bernilai RM3.18 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran sebanyak 676.65 juta unit bernilai RM208.71 juta berbanding 769.05 juta unit bernilai RM226.25 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE pula susut kepada 1.86 bilion saham bernilai RM886.54 juta daripada 2.25 bilion saham bernilai RM1.15 bilion.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 847.12 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (602.40 juta), pembinaan (119.67 juta), teknologi (197.63 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (33.65 juta), hartanah (256.45 juta), perladangan (66.19 juta), REIT (6.29 juta), dana tertutup (40,900), tenaga (280.41 juta), penjagaan kesihatan (148.63 juta), telekomunikasi dan media (30.58 juta), pengangkutan dan logistik (26.75 juta) serta utiliti (15.23 juta).

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Rabu

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Diniagakan Tinggi, Didorong Kegiatan Memburu Saham Murah Pagi Ini

1 week ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Urus Niaga Pagi Ini

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In