• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Tekanan Jualan Berterusan

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Bursa Malaysia mencatatkan prestasi rendah semasa mengakhiri dagangan minggu ini berikutan tekanan jualan berterusan di seluruh papan memandangkan pelabur telah menjangkakan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2020 Malaysia yang rendah apabila susut 17.1 peratus.

Peniaga berkata angka itu merupakan penyusutan suku tahunan pada dua angka yang paling buruk sejak 1998 disebabkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini untuk mengekang penularan pandemik COVID-19 dan mengakibatkan ekonomi ini hampir tidak bergerak.

Pada pukul 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 11.83 mata atau 0.75 peratus kepada 1,564.59 daripada 1,576.42 ketika ditutup semalam.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Indeks utama itu dibuka 2.37 mata lebih tinggi kepada 1,578.79 dan bergerak di antara 1,561.18 dengan 1,579.63 sepanjang dagangan hari ini.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 10.46 bilion saham bernilai RM5.15 bilion daripada 11.67 bilion saham bernilai RM4.97 bilion ketika ditutup pada Khamis.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 981 berbanding 213 manakala 290 kaunter tidak berubah, 512 kaunter tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Peniaga berkata di peringkat rantau, pasaran Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur, menjejaki prestasi lemah Wall Street dalam tempoh semalaman di samping data ekonomi China yang tidak memberangsangkan selain kebimbangan terhadap penangguhan rangsangan fiskal Amerika Syarikat (AS), sekali gus menghalang pelabur daripada mengambil risiko.

Bursa Saham Shanghai meningkat 1.19 peratus kepada 3,360.10, Indeks Straits Times Singapura turun 0.58 peratus kepada 2,580.89, Nikkei 225 Jepun menokok 0.17 peratus kepada 23,289.36 sementara Indeks Hang Seng Hong Kong kurang 0.19 peratus kepada 25,183.01.

Penganalisis Pasaran Kanan OANDA bagi Asia Pasifik, Jeffrey Halley berkata sesi dagangan AS dalam tempoh semalaman yang ketiadaan hala tuju diilihat mempengaruhi pasaran Asia hari ini.

“Kelembapan awal minggu nampaknya berterusan serta banyak pengumuman data peringkat satu oleh China pagi ini jelas tidak berupaya menambah baik keadaan, ditambah dengan angka pengeluaran perindustrian dan jualan runcit yang tidak merekodkan prestasi baik.

“Data pengeluaran perindustrian dan jualan runcit AS yang akan dikeluarkan hari ini, dan kemungkinan perkembangan mengenai perbincangan rangsangan ekonomi dari Capitol Hill, lebih diberi perhatian berbanding data tempatan,” katanya.

Bagi peringkat tempatan, peniaga lain berkata pasaran rendah walaupun dibuka tinggi sebelumnya untuk kekal mencatatkan penurunan sepanjang sesi pagi, dengan aktiviti penjualan dialami di seluruh papan.

Jumlah dagangan kekal tinggi memandangkan pelabur mengambil untung selepas prestasi kukuh semalam, katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove turun RM1.18 kepada RM23.82, Tenaga susut empat sen kepada RM11.12 dan Hartalega merosot 54 sen kepada RM16.02.

Maybank dan Public Bank masing-masing kekal tidak berubah pada RM7.80 dan RM17.80.

Antara paling aktif, XOX, Sapura Energy dan AT Systematization masing-masing turun 1.5 sen kepada 24 sen, 11.5 sen dan sembilan sen manakala Borneo Oil naik setengah sen kepada tujuh sen sementara Priceworth tidak berubah pada empat sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 125.12 mata kepada 11,144.53, Indeks FBM Emas Syariah kurang 178.73 mata kepada 12,915.18 dan Indeks FBMT 100 susut 115.26 mata kepada 10,976.26.

FBM 70 turun 275.70 mata kepada 14,125.85 dan FBM ACE jatuh 489.41 mata kepada 9,609.59.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 82.55 mata kepada 13,306.01, Indeks Perladangan kurang 18.55 mata kepada 7,005.74 serta Indeks Barangan dan Perkhidmatan Industri susut 1.55 mata kepada 138.13.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 5.76 bilion saham bernilai RM3.89 bilion daripada 7.54 bilion saham bernilai RM3.82 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 524.13 juta unit bernilai RM180.43 juta daripada 506.29 juta unit bernilai RM150.86 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula sebanyak 4.17 bilion saham bernilai RM1.07 bilion berbanding 3.62 bilion saham bernilai RM997.46 juta.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 789.28 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan industri (1.68 bilion), pembinaan (187.93 juta), teknologi (557.67 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (61.53 juta), hartanah (936.66 juta), perladangan (57.98 juta), REIT (10.95 juta), dana tertutup (2,000), tenaga (1.06 bilion), penjagaan kesihatan (124.32 juta), telekomunikasi dan media (118.21 juta), pengangkutan dan logistik (144.96 juta) serta utiliti (29.66 juta).

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In