• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Ketara Saham Sarung Tangan

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) — Aktiviti jualan ketara membabitkan saham-saham pengeluar sarung tangan dan wajaran tinggi selain tindakan pelabur runcit yang menarik diri, terbukti antara faktor yang mengheret turun Bursa Malaysia untuk ditutup pada paras terendah dalam tempoh lebih dua bulan, hari ini.

Pada 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup susut 22.60 mata atau 1.49 peratus kepada 1,496.72 daripada 1,519.32 sewaktu ditutup semalam.

Paras itu adalah terendah di bursa berkenaan selepas ditutup pada paras 1,500.97 pada 30 Jun, 2020.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Sewaktu dibuka, indeks penanda aras itu susut 13.58 mata kepada 1,505.74 hari ini dan bergerak dalam jajaran 1,490.53 hingga 1,505.74 sepanjang sesi dagangan.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 845 berbanding 314 manakala 325 kaunter tidak berubah, 554 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 7.69 bilion saham bernilai RM4.89 bilion daripada 9.03 bilion saham bernilai RM4.57 bilion pada Selasa.

Mengulas prestasi keseluruhan pasaran itu, Remisier Maybank Investment Bank Bhd Jeffry Azizi Jaafar  berkata kalangan pelabur terutamanya runcit, telah mula menarik balik daripada pasaran dan melepaskan saham berkaitan sarung tangan berikutan berakhirnya kemudahan moratorium menyeluruh pada hujung bulan ini.

“Tindakan mereka itu menyebabkan jumlah dagangan di Bursa Malaysia mengecil dan kini kembali ke paras biasa 6-10 bilion unit daripada paras tertinggi 27.8 bilion unit pada 11 Ogos, 2020,” katanya kepada Bernama.

Beliau turut menyifatkan kekurangan pemangkin baharu susulan kelemahan prestasi kewangan syarikat-syarikat menerusi pelaporan pendapatan baru-baru ini, turut menjadi antara penyebab penyusutan pasaran pada hari ini.

Dalam kalangan 30 kaunter FBM KLCI, Top Glove susut 49 sen kepada RM7.15, Hartalega turun susut 60 sen kepada RM13.00 manakala IHH rugi 33 sen kepada RM5.35.

Axiata merosot 11 sen kepada RM3.11 dan Maxis turun 12 sen kepada RM5.04.

Di pasaran meluas, saham paling rugi turut didahului oleh kaunter sarung tangan termasuk Kossan yang turun RM1.54 kepada RM10.96 manakala Supermax susut 93 sen kepada RM7.48.

Nestle turut kehilangan RM1.30 kepada RM140.80, MPI merosot 92 sen to RM16.88 dan Batu Kawan susut 46 sen kepada RM15.10.

Bagi saham aktif, XOX turun tiga sen kepada 20 sen, Konsortium Transnasional dan Ablegroup masing-masing naik 3.5 sen kepada 14.5 sen dan 16 sen manakala Gets Global untung 26.5 sen kepada 93 sen dan Lambo sebaliknya tidak berubah pada 4.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas merosot 196.19 mata kepada 10,725.88 dan Indeks FBM Emas Syariah kehilangan 301.06 mata kepada 12,572.04.

FBM 70 turut merosot 404.56 mata kepada 13,705.20, Indeks FBMT 100 pula turun 196.93 mata kepada 10,536.81 dan FBM ACE susut 140.66 mata kepada 10,250.06.

Mengikut sektor, Indeks Penjagaan Kesihatan turun 176.16 mata kepada 3.417.94, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 63.18 mata 12.680.22, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri berkurangan 1.34 mata kepada 135.73 dan Indeks Perladangan merosot 63.61 mata kepada 7.036.82.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangan berkurangan kepada kepada 4.45 bilion saham bernilai RM4.07 bilion daripada 5.32 bilion saham bernilai RM3.61 bilion pada Selasa.

Waran berkurangan kepada 709.67 juta unit bernilai RM167.41 juta daripada 810.98 juta unit bernilai RM200.53 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE juga merosot kepada 2.53 bilion saham berjumlah RM644.11 juta berbanding 2.89 bilion saham berjumlah RM754.75 juta, semalam.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 927.64 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (1.26 bilion), pembinaan (533.54 juta), teknologi (455.35 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (53.92 juta), hartanah (365.33 juta), perladangan (38.00 juta), REIT (6.81 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (420.77 juta), penjagaan kesihatan (233.51 juta), telekomunikasi dan media (63.38 juta), pengangkutan dan logistik (60.74 juta) serta utiliti (29.80 juta).

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In