• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) —  Bursa Malaysia mengakhiri dagangan lebih rendah hari ini dengan indeks utama mencatat prestasi berbeza daripada pasaran serantau susulan aktiviti pengambilan untung sempena cuti panjang Krismas selain sentimen pasaran yang lebih berhati-hati.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.33 mata untuk ditutup pada 1,641.17 selepas bergerak dalam jajaran 1,636.98 hingga 1,649.71 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Sentimen pasaran secara keseluruhannya lebih cenderung ke arah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 587 berbanding 514 manakala 764 kaunter tidak berubah, 283 tidak diniagakan dan 38 yang lain digantung dagangannya.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Jumlah dagangan meningkat sedikit kepada 6.73 bilion unit bernilai RM2.84 bilion daripada 6.35 bilion unit bernilai RM3.42 bilion pada Rabu.

Sementara itu, ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata FBM KLCI ditutup susut 0.4 peratus hari ini berikutan pelabur mengurangkan pendedahan mereka di pasaran ekuiti menjelang cuti hujung minggu yang panjang.

Menurutnya, kaunter paling rugi dalam kalangan 30 yang tersenarai di FBM KLCI adalah Top Glove yang susut 3.6 peratus manakala kaunter paling untung didahului oleh Press Metal dan IOI Corp yang masing-masing meningkat sebanyak 1.1 peratus.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga Bursa Malaysia muncul paling rugi dalam tempoh harian apabila susut 0.5 peratus selepas meraih lebih 3.0 peratus pada hari sebelumnya.

Indeks Hartanah Bursa Malaysia sebaliknya mencatat peningkatan tertinggi sebanyak 0.9 peratus pada Khamis.

“Kami menjangkakan pasaran dan bursa tempatan lain berada dalam jajaran kecil sekitar 1,640 dan 1,650 mata sehingga akhir tahun ini berikutan jangkaan dagangan lebih mengecil apabila pelabur ‘berehat’ daripada melakukan aktiviti dagangan,” katanya kepada Bernama.

Pasaran tempatan ditutup esok bersempena Krismas dan akan beroperasi semula pada 28 Disember ini.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan menyifatkan sentimen semasa lebih terarah kepada berhati-hati berikutan tindakan Presiden Donald Trump yang mengancam untuk membatalkan rang undang-undang pakej bantuan COVID-19 bernilai US$900 bilion serta perjanjian membabitkan dagangan Brexit.

Menurutnya, keadaan itu telah menjejaskan sentimen positif yang dicetuskan oleh perkembangan membabitkan penghantaran vaksin COVID-19 pada tahun depan.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank rugi lima sen kepada RM8.44, Public Bank turun empat sen kepada RM20.56, Petronas Chemicals jatuh lapan sen kepada RM7.50, Top Glove susut tujuh sen kepada RM6.49 manakala Hartalega kehilangan 14 sen pada RM12.58.

IHH Healthcare sebaliknya menokok satu sen kepada RM5.66 manakala Tenaga yang mengumumkan rebat elektrik selama enam bulan untuk penggunanya bermula 1 Jan, 2021, meraih untung dua sen kepada RM10.70.

Bagi saham aktif, AT Systematization menokok dua sen kepada 18.5 sen, Iris Iris menambah 2.5 sen kepada 40.5 sen, M&G meningkat 14 sen kepada 21.5 sen manakala  Techna-X dan Fintec masing-masing susut setengah sen kepada 14.5 sen dan sembilan sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas berkurangan 25.93 mata kepada 11,810.92, Indeks FBMT 100 Index susut 30.87 mata kepada 11,569.93 manakala Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 24.31 mata kepada 13,283.18.

Bagaimanapun, FBM 70 menokok 13.10 mata kepada 15,112.54.

Selain itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meraih 0.42 mata kepada 175.89, Indeks Perladangan naik 49.79 mata kepada 7,417.28 namun Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 31.27 mata kepada 15,260.37.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 3.59 bilion saham bernilai RM2.07 bilion daripada 4.07 bilion saham bernilai RM2.81 bilion pada Rabu.

Jumlah waran turut berkurangan kepada 437.99 juta unit bernilai RM62.72 juta berbanding 562.13 juta unit bernilai RM91.84 juta, semalam.

Di Pasaran ACE bagaimanapun menyaksikan junmlah dagangan meningkat kepada 2.7 bilion saham bernilai RM704.94 juta daripada 1.72 bilion saham bernilai RM509.38 juta, sebelum ini.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 597.53 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (1.21 bilion), pembinaan (256.31 juta), teknologi (142.08 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (44.06 juta), hartanah (302.5 juta), perladangan (143.53 juta), REIT (6.6.5 juta), dana/ditutup (37,600), tenaga (437.52 juta), penjagaan kesihatan (33.7 juta), telekomunikasi dan media (20.19 juta), pengangkutan dan logistik (349.21 juta) serta utiliti (46.24 juta).

— BERNAMA 

Share443ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In