• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Sesi Tengah Hari

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Bursa Malaysia kekal rendah pada sesi tengah hari ini berikutan sentimen pasaran yang lemah, diikuti dengan kegiatan penjualan berterusan ke atas kaunter berwajaran tinggi, didahului oleh Top Glove.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.81 mata kepada 1,559.78 daripada 1,564.59 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks utama dibuka 2.65 mata lebih rendah kepada 1,561.94 dan bergerak antara 1,543.04 dan 1,567.55 sepanjang sesi pagi.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Top Glove kerugian RM1.18 kepada RM22.64 selepas 18.03 juta saham bertukar tangan. Kaunter pengeluar sarung tangan itu mengheret turun indeks komposit sebanyak 6.403 mata.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 504 berbalas 468 manakala 405 kaunter tidak berubah, 627 tidak diniagakan dan 22 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 6.52 bilion saham bernilai RM2.43 bilion.

Seorang peniaga berkata sentimen pasaran terjejas oleh keputusan data ekonomi suku kedua yang tidak memberangsangkan serta ketegangan berterusan antara China dan Amerika Syarikat.

Ekonomi Malaysia menguncup 17.1 peratus pada suku kedua 2020, kemerosotan dua digit tempoh sukuan paling buruk sejak 1998 ekoran sekatan pergerakan yang dilaksanakan bagi membendung penularan COVID-19, sekali gus menyaksikan ekonomi hampir terhenti sepenuhnya.

Pada suku keempat 1998, Malaysia mencatatkan penurunan dua digit 11.2 peratus. Pada suku kedua tahun lepas, negara mencatatkan pertumbuhan KDNK pada 4.9 peratus.

Dalam satu kenyataan, CGS-CIMB Securities Sdn Bhd berkata mengambil pendekatan berhemah ketika berurus niaga atau melabur mungkin strategi betul untuk para pelabur bagi tempoh semerta atau dalam bahasa mudah, berurus niaga dalam saiz yang lebih kecil.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank susut 10 sen kepada RM17.70 dan Hartalega merosot 52 sen kepada RM15.50.

Maybank menokok dua sen kepada RM7.82 tetapi Tenaga kekal pada RM11.12.

Saham-saham paling cergas, Iris peroleh 7.5 sen kepada 40.5 sen, Sapura Energy menambah satu sen kepada 12.5 sen dan Notion naik 13 sen kepada RM1.20.

XOX jatuh tiga sen kepada 21 sen dan Lambo turun setengah sen kepada lima sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas susut 38.9 mata kepada 11,105.63, Indeks FBM Emas Shariah lebih rendah 60.73 mata kepada 12,854.44 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 42.68 mata kepada 10,933.58.

Indeks FBM 70 susut 90.31 mata kepada 14,035.53 tetapi Indeks FBM ACE melonjak 249.58 mata kepada 9,859.17.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 16.01 mata kepada 13,321.06, Indeks Perladangan menambah 52.74 mata kepada 7,053.52 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih tinggi 1.0 mata kepada 140.14.

— BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In