• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, December 4, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bursa serantau yang bercampur-campur susulan sentimen pasaran yang agak berwaspada selepas terkesan dengan selera risiko pelabur, dikompaun oleh penjualan besar-besaran dalam saham-saham wajaran tinggi perbankan, kata peniaga. 

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 16.38 mata atau 1.02 peratus kepada 1,591.97 selepas bergerak antara 1,586.25 dan 1,610.78 sepanjang sesi hari ini.

Di pasaran yang lebih lebar, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 965 berbanding 287, manakala 386 kaunter tidak berubah, 444 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung. 

Berkaitan

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Rabu

Jumlah dagangan keseluruhan meningkat kepada 7.73 bilion unit bernilai RM4.41 bilion daripada 6.27 bilion unit bernilai RM4.0 bilion yang dicatatkan semalam.

Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata pasaran ekuiti Asia didagangkan secara berhati-hati menjelang pilihan raya senat Georgia memandangkan keputusan itu akan menentukan kawalan Senat Amerika Syarikat (AS) dan boleh memberi implikasi terhadap agenda Presiden AS Joe Biden.

Beliau ketika mengulas mengenai pasaran tempatan berkata prestasi yang agak lemah ini banyak dipengaruhi oleh saham perbankan, yang berada dalam keadaan kerugian selepas Fitch Ratings meramalkan prospek penarafan bagi bank global telah bertukar negatif bagi 2021. 

“Fitch Ratings berkata isu utama bagi bank-bank Malaysia adalah pengiktirafan pinjaman tidak berbayar yang agak lemah, keuntungan yang lebih rendah dan risiko pasaran hartanah.

“Tindak balas spontan ini hanya bersifat sementara… ianya (saham perbankan) akan melantun semula pada hari-hari akan datang,” katanya kepada Bernama. 

Menurut Adam, penurunan terbesar dalam kalangan saham perbankan di FBM KLCI ialah CIMB, yang merosot 3.3 peratus atau 14 sen kepada RM4.14 dengan 14.24 juta saham bertukar tangan. 

Akibatnya, Indeks Perkhidmatan Kewangan Bursa Malaysia kehilangan 1.5 peratus pada hari ini.

Bagaimanapun, ini tidak sebanyak Indeks Pembinaan Bursa Malaysia, yang merosot sejumlah 2.6 peratus, memandangkan sektor ini masih mendung berikutan pemberhentian projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura, melemahkan sentimen dalam pengisian tempahan dalam tangan bagi syarikat pembinaan dan bahan binaan.

Di sisi lain, Adam berkata kaunter sarung tangan getah seperti Top Glove dan Supermax menyaksikan sedikit kenaikan, masing-masing sebanyak 0.7 peratus dan 0.5 peratus selepas penjualan besar-besaran yang dilihat pada awal minggu ini. 

Indeks Penjagaan Kesihatan Bursa Malaysia turut menyusul untuk ditutup 1.20 peratus lebih tinggi.

Antara saham-saham wajaran tinggi, Maybank berkurangan tujuh sen kepada RM8.24, Public Bank kehilangan 28 sen kepada RM20.34, Tenaga susut 12 sen kepada RM10.42 dan IHH Healthcare mencatatkan kerugian sebanyak 10 sen kepada RM5.55. 

Top Glove menokok empat sen kepada RM5.76 manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.10.

Di kalangan yang aktif, Iris jatuh 5.5 sen kepada 37 sen, Yong Tai merosot dua sen kepada 30 sen, AT Systematization kekal pada 17.5 sen, Vortex menambah satu sen kepada enam sen, manakala Advance Synergy dan DGB, masing-masing meraih 2.5 sen kepada 18 sen dan 29.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berada 139.89 mata lebih rendah kepada 11,479.49, Indeks FBMT 100 susut 134.19 mata kepada 11,223.8, FBM 70 berkurangan 248.01 mata kepada 14,663.43, Indeks FBM Emas Syariah menurun 126.33 mata kepada 12,848.42 dan FBM ACE hilang 251.81 mata kepada 10,565.28. 

Dari segi sektoral, Indeks Perkhidmatan Kewangan kurang 233.79 mata kepada 14,970.37, Indeks Perladangan merosot 7.49 mata kepada 7,347.17 serta Indeks Perkhidmatan dan Produk  Perindustrian jatuh 1.72 mata kepada 172.57.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 4.51 bilion saham bernilai RM3.43 bilion berbanding 3.64 bilion saham bernilai RM3.08 bilion yang direkodkan semalam.

Jumlah dagangan waran bertambah kepada 427.71 juta unit bernilai RM69.82 juta daripada 357.4 juta unit bernilai RM54.67 juta. 

Pasaran ACE mencatatkan kenaikan jumlah dagangan kepada 2.79 bilion saham bernilai RM902.16 juta daripada 2.27 bilion saham bernilai RM861.09 juta sebelumnya.

Perkhidmatan dan produk pengguna menyumbang 975.92 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, perkhidmatan dan produk perindustrian (1.2 bilion), pembinaan (311.01 juta), teknologi (445.05 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (73.46 juta), hartanah (480.79 juta), perladangan (110.45 juta), REIT (11.41 juta), dana tertutup (6,500), tenaga (558.16 juta), penjagaan kesihatan (107.63 juta), telekomunikasi dan media (83.89 juta), pengangkutan dan logistik (110.23 juta) serta utiliti (41.45 juta).

— BERNAMA 

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

8 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Rabu

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Diniagakan Tinggi, Didorong Kegiatan Memburu Saham Murah Pagi Ini

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In