• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung membabitkan saham-saham pengeluar sarung tangan termasuk Top Glove and Hartalega yang terus mengheret turun indeks utama tersebut.

Pada 5 petang, indeks penanda aras  FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.60 mata atau 0.44 peratus kepada 1,490.12 daripada 1,496.72 yang dicatatkan pada Rabu.

Selepas dibuka mengukuh 5.50 mata kepada 1,502.22, penunjuk pasaran itu berlegar dalam jajaran 1,474.23 hingga 1,504.03 sepanjang dagangan hari ini.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Walaupun Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 1.75 peratus berjaya memacu peningkatan empat daripada enam kaunter perbankan sewaktu dagangan ditutup, keuntungan daripada empat saham berkenaan sebaliknya hanya menyumbang 2.125 mata kepada Indeks Komposit –  jauh lebih rendah daripada gabungan 18.809 mata yang disebabkan oleh penyusutan Top Glove dan Hartalega.

Di pasaran meluas, sentimen pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 1,023 berbanding 200 manakala 293 lain tidak berubah, 530 tidak didagangkan dan 32 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8.40 bilion saham bernilai RM5.48 bilion daripada 7.69 bilion saham bernilai RM4.89 bilion pada Rabu.

Dalam kalangan 30 kaunter FBM KLCI, Top Glove susut 70 sen kepada RM6.45 manakala Hartalega turun RM1.12 kepada RM11.88.

Bagi saham wajaran tinggi, hanya empat mencatat untung iaitu Maybank naik lima sen kepada RM7.50, Public Bank meraih lapan sen kepada RM16.18, Hong Leong Bank menokok dua sen kepada RM14.80 dan RHB Bank menambah empat sen kepada RM4.70.

CIMB sebaliknya susut dua sen kepada RM3.18 manakala Hong Leong Financial turun lapan sen kepada RM13.82.

Mengulas prestasi tersebut, Ketua Penyelidikan Ekuiti Nomura Securities Malaysia Sdn Bhd Tushar Mohata berkata aktiviti pengambilan untung bagi kaunter-kaunter pengeluar sarung tangan menjadi punca utama penyusutan FBM KLCI.

“Bagi saya, tindakan itu yang menjadi puncanya manakala pengumuman mengenai OPR tidak banyak memberi kesan terhadap prestasi KLCI hari ini. Ini juga disebabkan oleh pemangkin sektor perbankan yang tidak banyak dipengaruhi oleh OPR pada masa ini.

“Malah, kalangan pelabur ketika ini lebih menunggu beberapa data ekonomi yang dijangka dapat diterjemahkan dalam bentuk pemulihan ekonomi (dengan memacu pendapatan bank-bank),” katanya kepada Bernama.

Walaupun saham-saham sarung tangan dijejaskan oleh aktiviti pengambilan untung, Tushar kekal positif terhadap prospek sektor itu yang dijangka mencatat pendapatan kukuh pada tahun depan berikutan kenaikan harga jualan purata.

Secara keseluruhannya, beliau menyifatkan Bursa Malaysia masih menarik berbanding pasaran di negara-negara ASEAN lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Bagi pasaran secara meluas, kaunter sarung tangan terus mendominasi senarai saham paling rugi khususnya waran Supermax.

Selain Hartalega dan Top Glove, kaunter berkaitan sarung tangan yang turut terjejas akibat tekanan jualan termasuk Supermax yang susut RM1.38 kepada RM6.10, Kossan turun RM1.26 kepada RM9.70, Comfort kehilangan 57 sen kepada RM3.23 manakala Careplus berkurangan 54 sen kepada RM4.01.

Kaunter paling termasuk XOX yang susut 1.5 sen kepada 18.5 sen, Permaju merosot 5.5 sen kepada 31 sen, Pegasus Heights turun setengah sen kepada 2.5 sen manakala waran PHB-WB dan Asia PAC tidak berubah masing-masing pada 1.5 sen dan 12.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks Penjagaan Kesihatan turut mendapat impak prestasi kaunter sarung tangan apabila merosot 272.74 mata kepada 3,145.20 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 20.96 mata kepada 12,701.18, dipacu oleh pengumuman membabitkan OPR.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 0.89 mata kepada 134.84 dan Indeks Perladangan turun 14.72 mata kepada 7,022.10.

Selain itu, Indeks FBM Emas berkurangan 116.95 mata kepada 10,608.93 manakala Indeks FBM Emas Syariah merosot 199.21 mata kepada 12,372.83.

FBM 70 berkurangan 333.96 mata kepada 13,371.24, Indeks FBMT 100 susut 98.77 mata kepada 10,438.03 dan FBM ACE turun 552.55 mata kepada 9,997.51.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 4.85 bilion saham bernilai RM4.51 bilion daripada 4.45 bilion saham bernilai RM4.07 bilion pada Rabu.

Jumlah waran meningkat kepada 864.60 juta unit bernilai RM215.29 juta berbanding 709.67 juta unit bernilai RM167.41 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turut meningkat kepada 2.67 bilion saham bernilai RM753.56 juta berbanding 2.53 bilion saham bernilai RM644.11 juta sebelum ini.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 1.10 bilion saham  didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (1.0 bilion), pembinaan (351.19 juta), teknologi (389.45 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (67.39 juta), hartanah (806.93 juta), perladangan (48.01 juta), REIT (13.10 juta), dana tertutup  (200), tenaga (545.13 juta), penjagaan kesihatan (345.13 juta), telekomunikasi dan media (62.02 juta), pengangkutan dan logistik (93.60 juta) serta utiliti (23.78 juta).

— BERNAMA  

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In