• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti jualan pada saat-saat akhir yang diterajui saham berkaitan kewangan dan saham berharga rendah di tengah-tengah sentimen berhati-hati susulan keputusan pendapatan korporat yang kurang memberangsangkan. 

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.92 peratus atau 29.57 mata kepada 1,525.21 daripada paras penutup 1,554.78 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka naik 0.27 mata kepada 1,555.05 dan bergerak antara paras  1,525.21 dan 1,558.29 sepanjang sesi dagangan. 

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Suasana pasaran hampir tidak berubah apabila kaunter rugi hanya mengatasi sedikit kaunter untung pada 588 berbanding 552, manakala 393 kaunter tidak berubah, 516 tidak diniagakan dan 68 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 11.15 bilion saham bernilai RM8.25 bilion daripada 13.71 bilion saham bernilai RM5.55 bilion pada Khamis. 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Dana Areca Capital Sdn Bhd Danny Wong Teck Meng berkata 10 minit terakhir jualan besar-besaran itu kemungkinan disebabkan usaha untuk mengimbangi semula portfolio pada akhir bulan. 

“Kami berpandangan sekuriti Kossan Rubber Industries Bhd dan Supermax Corp Bhd yang akan dimasukkan ke dalam MSCI Global Standard Indexes pada akhir bulan ini dan pengguguran IJM Corp Bhd daripada senarai, mungkin menyebabkan indeks itu terus jatuh.

“Disebabkan oleh pengimbangan semula portfolio, kami merasakan beberapa saham mewah perlu dijual dan membeli lebih banyak (saham) Kossan dan Supermax,” katanya Bernama. 

Supermax juga menerajui kaunter untung utama, melonjak RM1.94 kepada RM22.14, MPI naik 66 sen kepada RM15.70 dan Kossan naik 58 sen kepada RM15.98. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Hap Seng turun 68 sen kepada RM7.20, PPB Group susut RM1.26 kepada RM18.00 dan Petronas Chemicals jatuh 35 sen kepada RM5.46.  

Maybank berkurangan 13 sen kepada RM7.33, Top Glove turun 12 sen kepada RM26.28, Public Bank jatuh 20 sen kepada RM16.42, Tenaga susut 26 sen kepada RM10.86 dan Hartalega jatuh 34 sen kepada RM16.52.

Dalam kalangan kaunter cergas, XOX jatuh enam sen kepada 26 sen, Konsortium Transnasional meningkat lima sen kepada 15.5 sen dan Bumi Armada naik empat sen kepada 27 sen. 

Dalam kalangan kaunter rugi utama, F&N jatuh RM2.18 kepada RM30.62 manakala Nestle susut 80 sen kepada RM139.20.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 126.01 mata kepada 11,085.58, Indeks FBMT 100 susut 128.51 mata kepada 10,886.75 manakala FBM 70 meningkat 146.09 mata kepada 14,747.39.

Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 124.93 mata kepada 13,166.65 dan FBM ACE turun 227.67 mata kepada 10,979.27.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 193.28 mata kepada 12,642.77, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 3.76 mata kepada 136.50 dan Indeks Perladangan jatuh  24.76 mata kepada 7,057.28.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 6.40 bilion saham bernilai RM7.0 bilion daripada 8.06 bilion saham bernilai RM4.10 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 549.36 juta unit bernilai RM140.82 juta daripada  447.94 juta unit bernilai RM118.53 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 4.19 bilion saham bernilai RM1.10 bilion daripada 5.19 bilion saham bernilai RM1.32 bilion sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna  menyumbang 1.42 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.06 bilion), pembinaan (933.54 juta), teknologi (431.18 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (96.93 juta), hartanah (920.08 juta), perladangan (103.92 juta), REITs (8.21 juta), dana tertutup (10,100), tenaga (1.0 bilion), penjagaan kesihatan (200.98 juta), telekomunikasi dan media (92.57 juta), pengangkutan dan logistik (90.05 juta) dan utiliti (41.94 juta).

— BERNAMA

Share286ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In