KUALA LUMPUR, March 1 (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan hari pertama Mac apabila indeks utama turun sebanyak 0.67 peratus terjejas oleh jualan dalam kaunter sarung tangan.
Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 10.61 mata kepada 1,567.14 daripada paras penutup 1,577.75 pada Jumaat.
Indeks utama itu dibuka tinggi naik 0.95 mata kepada 1,578.70 dan bergerak antara paras 1,563.18 dan 1,584.46 sepanjang hari dagangan.
Suasana pasaran juga negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 733 berbanding 503 manakala 391 kaunter tidak berubah, 516 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 10.69 bilion unit bernilai RM6.10 bilion daripada 9.81 bilion unit bernilai RM7.0 bilion sebelumnya.
Dalam kalangan 30 kaunter FBM KLCI, Top Glove berkurangan 34 sen kepada RM4.90, Hartalega susut 62 sen kepada RM9.38 dan Supermax turun 48 sen kepada RM4.36.
Sementara itu, Maybank menokok tiga sen kepada RM8.06, Public Bank naik empat sen kepada RM4.20, Petronas Chemicals melonjak lapan sen kepada RM7.51, TNB menokok 22 sen kepada RM10.32 dan IHH Healthcare menambah 21 sen kepada RM5.29.
Dagangan saham AMMB Holdings digantung selama dua hari bermula hari ini selepas kumpulan perbankan itu bersetuju membayar RM2.83 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai penyelesaian bagi semua tuntutan tertunggak berkaitan dengan penglibatannya dalam 1Malaysia Development Bhd.
AMMB Holdings juga mengumumkan keuntungan bersih rendah bagi suku ketiga berakhir 31 Dis, 2021, kepada RM263.83 juta daripada RM382.15 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya, manakala hasil berkurangan sebanyak 2.2 peratus tahun ke tahun kepada RM2.09 bilion.
Dalam kalangan kaunter cergas, GFM Services melonjak 20 sen kepada 40.5 sen, Bumi Armada meningkat tiga sen kepada 42.5 sen, Industronics melonjak 18.5 sen kepada 66.5 sen dan Anzo Holdings turun 1.5 sen kepada lapan sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 51.96 mata kepada 11,562.21, Indeks FBMT 100 berkurangan 53.71 mata kepada 11,248.29 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 90.35 mata kepada 12,888.8.
FBM 70 meningkat 12.16 mata kepada 15,473.33 dan FBM ACE susut 168.15 mata kepada 10,705.37.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.22 mata kepada 184.12, Indeks Perladangan berkurangan 24.94 mata kepada 7,152.19 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 42.69 mata kepada 14,959.65.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 6.74 bilion saham bernilai RM5.0 bilion daripada 6.84 bilion saham bernilai RM6.29 bilion.
Jumlah dagangan waran naik sedikit kepada 473.98 juta unit bernilai RM79.35 juta daripada 463.36 juta unit bernilai RM93.09 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 3.47 bilion saham bernilai RM1.0 bilion daripada 2.49 bilion saham bernilai RM616.87 juta.
Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 1.38 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.85 bilion), pembinaan (233.82 juta), teknologi (1.20 bilion), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (119.19 juta), hartanah (412.94 juta), perladangan (47.98 juta), REITs (7.33 juta), dana tertutup (35,000), tenaga (1.04 bilion), penjagaan kesihatan (156.06 juta), telekomunikasi dan media (102.53 juta), pengangkutan dan logistik (85.28 juta) dan utiliti (107.98 juta).
— BERNAMA