• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, December 4, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Diniagakan Tinggi Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi seiring dengan prestasi kebanyakan pasaran saham Asia yang lain, disokong oleh kegiatan pembelian berterusan  terutama yang membabitkan kaunter perkhidmatan kewangan di celah-celah tinjauan ekonomi menggalakkan, kata para peniaga.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 4.47 mata kepada 1,604.13 selepas bergerak antara 1,593.02 dan 1,607.16 sepanjang sesi pagi.

Pergerakan harga pasaran bagaimanapun kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 757 berbalas 489, manakala 377 kaunter tidak berubah, 541 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Berkaitan

SC Keluarkan Garis Panduan Tadbir Urus ESG Untuk PKS

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Jumlah dagangan ialah 11.09 bilion saham bernilai RM4.51 bilion.

CGS-CIMB berkata peningkatan ketara Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada suku ketiga telah mendorong sentimen yang lebih yakin terhadap pertumbuhan dalam suku keempat walaupun ia kini lebih perlahan daripada jangkaan awal selepas kemunculan semula kes COVID-19.

“Penyelidik tempatan berpendapat Bank Negara Malaysia masih ada lagi ruang ke arah pelonggaran monetari seterusnya pada Januari untuk menyokong ekonomi sekiranya langkah membendung COVID-19 terus diperketatkan dalam tempoh yang lebih lama.

“Namun begitu, ia tetap berhati-hati kerana ekonomi mula terjejas daripada gelombang ketiga pandemik dan langkah-langkah pengekangan yang dilaksanakan pada suku keempat 2020,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 13 sen kepada RM8.27, Public Bank melonjak 40 sen kepada RM18.88, TNB menokok 20 sen kepada RM11.40 dan Petronas Chemicals meningkat satu sen kepada RM6.71, tetapi Top Glove turun 55 sen kepada RM6 .65.

Saham paling cergas, MTouche menambah 1.5 sen kepada 12 sen, AT Systematization turun 2.5 sen kepada 23.5 sen, dan Lambo serta Pegasus, masing-masing tidak berubah pada 4.5 sen dan tiga sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 26.50 mata pada 11,501.11, Indeks FBMT 100 mengembang 30.97 mata kepada 11,294.31 dan FBM 70 naik 38.40 mata kepada 14,695.89.

Sementara itu, Indeks FBM Emas Shariah turun 93.18 mata kepada 13,092.47 dan FBM ACE susut 331.78 mata kepada 11,238.61.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.42 mata kepada 157.62, Indeks Perladangan naik 16.42 mata kepada 7,293.82, sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 332.35 mata kepada 14,476.23.

– BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

SC Keluarkan Garis Panduan Tadbir Urus ESG Untuk PKS
Berita

SC Keluarkan Garis Panduan Tadbir Urus ESG Untuk PKS

2 months ago
Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

3 months ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

4 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In