• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, January 31, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan aliran kenaikan semalam apabila dibuka lebih tinggi hari ini, disokong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun sentimen berhati-hati terus ketara di pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)  meningkat 1.63 mata kepada 1,497.85 daripada 1,496.22 pada penutupan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.66 mata lebih baik pada 1,496.88.   

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Berwaspada Menjelang Mesyuarat Fed

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Sentimen Positif

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Menjejaki Kenaikan Wall Street

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 178 berbanding 135 manakala 224 kaunter lain tidak berubah, 1,655 tidak diniagakan dan 10 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 187.99 juta unit bernilai RM87.04 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan trend di bursa tempatan semalam mungkin bertukar negatif menjelang cuti Tahun Baharu Cina selepas Wall Street meneruskan penyusutannya di tengah-tengah kebimbangan mengenai aktiviti ekonomi lebih perlahan selain pendirian Rizab Persekutuan AS yang cenderung menaikkan kadar faedah.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, firma pembrokeran itu berkata FBM KLCI mencatat keuntungan pada Khamis berikutan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

“Dari aspek komoditi, minyak mentah Brent diniagakan melebihi US$86 setong manakala harga minyak sawit mentah (MSM) kekal melebihi RM3,850 sekilogram,” katanya.

Menurutnya, keputusan BNM menangguhkan kenaikan OPR itu berkemungkinan besar akan mencetuskan aktiviti pengambilan untung, khususnya bagi sektor perbankan.

“Sektor teknologi mungkin terjejas akibat penurunan di Wall Street. Pelabur pula mungkin meminati sektor tenaga dalam keadaan harga minyak mentah yang kukuh manakala sektor pengguna, pelancongan, penerbangan dan REIT berkemungkinan menjadi keutamaan pemulihan berikutan pembukaan semula sempadan China,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank untung satu sen kepada RM8.81, Public Bank dan Petronas Chemical masing-masing tidak berubah pada RM4.29 dan RM8.50, CIMB menambah enam sen kepada RM5.75 manakala Tenaga Nasional susut tiga sen kepada RM9.47.

Bagi saham aktif, Velesto Energy susut setengah sen kepada 20 sen, Reach Energy dan CSH Alliance masing-masing tidak berubah pada enam sen dan 6.5 sen, Hibiscus Petroleum dan ECA Integrated masing-masing menokok tiga sen kepada RM1.13 dan RM1.01.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 12.57 mata kepada 10,825.27, Indeks FBMT 100 mengukuh 12.60 mata kepada 10,516.87 dan Indeks FBM Emas Shariah meraih 4.25 mata kepada 11,071.17.

Indeks FBM 70 meningkat 21.25 mata kepada 13,487.23 dan Indeks FBM ACE naik 9.83 mata kepada 5,458.83.  

Bagi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 24.31 mata kepada 16,506.32, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.36 mata kepada 188.20, Indeks Perladangan menambah 17.37 mata kepada 6,842.95 dan Indeks Tenaga naik 2.93 mata kepada 842.90.  

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securitiespasaran serantau
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Berwaspada Menjelang Mesyuarat Fed

12 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Sentimen Positif

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Menjejaki Kenaikan Wall Street

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dalam Keadaan Dagangan Berhati-Hati

5 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In