• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sejajar Pergerakan Rancak Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Mac  (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi urus niaga Jumaat berikutan sentimen yang lebih baik, dicetuskan oleh pergerakan rancak Wall Street semalaman berikutan langkah menyelamat secara bersama First Republic Bank oleh beberapa bank besar AS, kata seorang penganalisis.

Pada 9.10 pagi, penanda aras FBM KLCI menokok 11.13 mata kepada 1,402.73 daripada 1,391.60 penutup Khamis.

Pasaran pagi ini dibuka pada paras 1,397.28, mengukuh 5.68 mata.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Sentimen Belian Lebih Baik

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 304 berbanding 74, manakala 197 kaunter tidak berubah, 1,690 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 292.66 juta unit bernilai RM140.87 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street pulih apabila langkah menyelamatkan Credit Suisse Group AG dan First Republic Bank meredakan kebimbangan mengenai krisis perbankan yang semakin teruk walaupun Bank Pusat Eropah menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas lagi .

Sementara itu, banyak pihak menjangkakan Rizab Persekutuan AS mungkin mengambil sikap kurang agresif dalam menaikkan kadar faedah minggu depan, tambahnya.

“Sehubungan itu, ini mendorong  Purata Perindustrian Dow Jones memperoleh 372 mata manakala Nasdaq melonjak  283 mata apabila hasil 10 tahun AS lebih tinggi kepada 3.58 peratus.

“Di pasaran domestik, pemulihan akan berlaku dan ia didorong oleh prestasi positif Wall Street. Oleh itu, kami mengunjurkan indeks akan berlegar dalam julat 1,390-1,405 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia –  Maybank naik 10 sen kepada RM8.36, Public Bank menambah empat sen menjadi RM3.97, CIMB dan TNB masing-masing naik tujuh sen kepada RM5.22 dan RM9.42, manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM6.99.

Bagi saham aktif pula, Top Glove, Minda Global dan Vinvest Capital masing-masing naik satu sen kepada 84.5 sen, 12.5 sen dan 23 sen.

Hong Seng Consolidated turun setengah sen kepada 14.5 sen dan Careplus tidak berubah pada 27 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 77.96 mata kepada 10,259.13, Indeks FBMT 100 naik 76.11 mata menjadi 9,954.25 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 65.20 mata kepada 10,546.47.

Sementara itu, Indeks FBM 70 meningkat 89.00 mata kepada 13,220.53 dan Indeks FBM ACE menokok 72.90 mata kepada 5,263.67.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 143.10 mata kepada 15,496.99, Indeks Perladangan meningkat 38.05 mata kepada 6,719.43, Indeks Tenaga memperoleh 4.38 mata kepada 817.75, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.79 mata kepada 168.47.

— BERNAMA


Tags: Bursa MalaysiapembukaanperbankanThong Pak LengWall Street
Share203ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Sentimen Belian Lebih Baik

1 day ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Wall Street Turutu Lemah

6 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In