• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, mengambil petunjuk daripada kerancakan urus niaga semalaman pasaran AS.

Pada pukul 9.03 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.30 mata kepada 1,509.44 berbanding 1,509.14 ketika ditutup pada petang Jumaat.

Indeks utama dibuka 1.12 mata lebih tinggi kepada 1,510.26.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Pergerakan harga keseluruhan pasaran pula menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi 280 berbalas 77 manakala 229 kaunter tidak berubah, 1,515 tidak diniagakan dan 21 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 237.50 juta unit bernilai RM117.99 juta.

Rakuten Trade dalam notanya berkata kerancakan di Wall Street berlaku apabila ramai pelabur membeli saham teknologi yang menjuruskan kepada kenaikan di bursa berkenaan.

Sehubungan itu, saham teknologi tempatan turut mendapat tempias, menambah 1.4 peratus atau 0.77 mata kepada 54.76.

Sementara itu, Dow Jones ditutup melepasi paras 27,000 sementara Nasdaq agak jauh daripada paras 11,000 dan S&P 500 pada paras 3,300.

“Pasaran serantau minggu ini seharusnya menyaksikan trend menaik, sekali lagi mengambil petunjuk daripada pasaran AS. Pasaran tempatan kita mungkin lebih menjurus kepada kegiatan belian susulan membabitkan kaunter berkaitan sarung tangan dan penjagaan kesihatan seperti vaksin, kerana jumlah kes COVID-19 kian meningkat di dalam negara dan dunia,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes pula berpendapat:

“Kita dapat melihat perdagangan pasaran yanglebih baik. Tetapi sentimen hari ini akan banyak bergantung kepada bagaimana penyongsang bertindak balas kepada data keuntungan China yang lebih baik yang diumumkan pada hujung minggu dengan kemunculan semula pandemik seluruh dunia,” kata beliau kepada Bernama.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM7.11, Top Glove mengukuh tujuh sen kepada RM8.87, TNB menambah empat sen kepada RM10.92, sementara Public Bank tidak berubah pada RM15.44.

Saham-saham cergas pula, empat saham teknologi paling aktif iaitu IRIS naik dua sen kepada 27.5 sen, Key Alliance meningkat setengah sen kepada 8.5 sen, INIX Technologies menokok tiga sen kepada 33 sen sementara Advance Synergy turun dua sen pada 15.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 4.46 mata kepada 10,845.27 dan Indeks FBM Emas Shariah mengembang 9.21 mata kepada 12,971.63.

Indeks FBM 70 pula meningkat 12.59 mata kepada 14,062.88, Indeks FBMT 100 naik 3.97 mata kepada 10,672.48 dan FBM ACE 2.29 mata lebih tinggi kepada 10,029.51.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 34.37 mata kepada 12,361.99, Indeks Perladangan menambah 3.4 mata kepada 7,058.52 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.61 mata kepada 135.40.

– BERNAMA

Share200ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In